SS: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 55:
 
Bermula dengan cawangan kecil ''[[Sturmabteilung]]'' (Pasukan Penggempur atau "Pasukan Berseragam Coklat",disingkatkan sebagai '''SA'''), SS meningkat dari segi saiz dan kuasa kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bagi terhadap Adolf Hitler, berbanding dengan ''SA'',yang dilihat separa bebas dan satu ancaman kepada hegemoni Hitler keatas parti. Dibawah Himmler, SS memilih ahli-ahlinya mengikut ideologi Nazi. Menubuhkan polis elit dan unit-unit tentera seperti [[Waffen-SS]], Hitler menggunakan SS bagi membentuk satu golongan manusia yang didakwa lebih hebat dalam ketulenan bangsa dan kebolehan terhadap rakyat Jerman dan rupa bangsa yang lain, menjadi model untuk wawasan [[ketuanan bangsa]] Nazi. Semasa Perang Dunia II, unit-unit SS beroperasi disamping tentera darat tetap Jerman ([[Heer]]). Bagaimanapun,menjelang peringkat akhir peperangan, SS cuba menguasai Wehrmacht dalam usaha untuk menghapuskan ancaman-ancaman terhadap kuasa Hitler semasa melaksanakan strategi perang yang dilihat semakin menuju kegagalan.
 
Di pilih untuk melaksanakan "[[Penyelesaian Terakhir]]" Nazi bagi bangsa Yahudi dan kaum-kaum lain yang dianggap rendah (atau musuh-musuh negara), SS adalah pemimpin dalam melakukan pembunuhan,penderaan dan penghambaan keatas lebih kurang 12 juta orang. Kebanyakkan mangsa adalah orang Yahudi atau Poland atau keturunan Slavic yang lain. Bagaimanapun,kumpulan etnik yang lain seperti Roma (Gipsi) juga menjadi mangsa utama.