Perbezaan antara semakan "Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim"

tiada ringkasan suntingan
k (perbaiki)
Sekitar tahun 1978 dan 1979,antara bangunan-bangunan yang siap dibina ialah sebuah blok pentadbiran dan bilik-bilik kuliah, 8 buah blok asrama yang tiap-tiap satu boleh menampung 90 orang pelajar, dewan syarahan, sebuah bangunan perpustakaan, sebuah gimnasium, sebuah dapur dan dewan makan, 4 unit flat untuk pensyarah, 24 unit rumah pekerja, dan rumah Pengetua.
 
Perpindahan dari Jalan Northam, Pulau Pinang ke Sungai Petani, Kedah bermula pada pertengahan tahun 1979.Pada mulanya institut ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sungai Petani kemudian ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku[[Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah]], Sultan Negeri Kedah Darul Aman sekarang ini.
 
Dalam bulan Oktober, Majlis Penyampaian Sijil yang pertama telah diadakan. Seramai 319 orang guru pelatih yang menerima latihan di Maktab Perguruan Jalan Northam dan di Sungai Petani telah menerima Sijil Perguruan mereka daripada Yang Berbahagia, Tan Sri Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam majlis tersebut.
245,304

suntingan