Al-Andalus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 40:
== Amiriah Umaiyah dan Kekhalifahan Cordoba ==
 
Pada tahun 756 M, raja dalam buangan Umaiyah [[Abdul Rahman I]] (diberi panggilan ''Al-Dakhil'', yakni '"Pendatang'") menggulingkan Yusuf Al-Fihri dan menjadikan dirinya [[Amir]] [[Amiriah Cordoba|Cordoba]]. Beliau enggan tunduk kepada Khalifah [[Kerajaan Bani Abbasiyyah|Abbasiyah]] yang telah membunuh kebanyakan ahli keluarganya. Dalam lingkungan masa pemerintahan selama 30 tahun, beliau menguasai [sungguhpun agak lemah] sebahagian besar wilayah Al-Andalus, dengan menewaskan penyokong-penyokong kedua-dua keluarga Al-Fihri dan Khalifah Abbasiyah.<ref>Roger Collins, "The Arab Conquest of Spain, 710-797", pp. 113-140 & 168-182.</ref>
 
Sepanjang satu setengah kurun berikutannya, para warisnya menjadi amir Cordoba yang menguasai Al-Andalus dan bahagian barat Afrika Utara. Dalam kebanyakan masa, penguasaan amir-amir Cordoba ke atas Al-Andalus, khususnya kawasan bersempadan wilayah Kristian, agak lemah dan turun-naik bergantung kepada keupayaan amir. Sesungguhnya, kuasa amir [[Abdallah ibni Muhammad]] (c. 900 M) terbatas kepada sempadan Cordoba sahaja.
Baris 46:
Namun cucu Amir Abdallah, [[Abdul Rahman III]], yang menggantinya dalam tahun 912 M, tidak sahaja memulihkan kuasa Umaiyah di seluruh Al-Andalus, malah melebarkannya ke wilayah barat Afrika Utara. Pada ahun 929 M beliau mengisytiharkan dirinya sebagai [[Khilafah Cordoba|Khalifah]] Cordoba, sekaligus menaik taraf dirinya dan amiriah tersebut bagi menyaingi darjat Khalifah [[Kerajaan Bani Abbasiyyah|Abbasiyah]] di [[Baghdad]] dan juga Khalifah [[Syiah]] di [[Tunis]] yang menandinginya dalam perebutan kuasa ke atas Afrika Utara.
 
Zaman Kekhalifahan dilihat sebagai zaman keemasan Al-Andalus. Sektor pertanian di Cordoba dan kawasan-kawasan berdekatannya menjadi yang termaju di Eropah dengan pengeluaran tanaman dengan bantuan sistem saliran serta makanan yang diimport dari Timur Tengah. Di bawah pemerintahan Kekhalifahan Umaiyah, Cordoba dengan jumlah penduduk lebih kurang 500,000 orang, akhirnya mengatasi [[Constantinople]] sebagai bandar yang paling besar dan makmur di seluruh Eropah.<ref name=Chandler>Tertius Chandler. ''Four Thousand Years of Urban Growth: An Historical Census'' (1987), St. David's University Press ([http://www.etext.org/Politics/World.Systems/datasets/citypop/civilizations/citypops_2000BC-1988AD etext.org]). ISBN 0-88946-207-0.</ref> Dalam dunia Islam pula, Cordoba muncul sebagai satu pusat budaya terunggul. Karya-karya ahli falsafah dan sains (khususnya [[Abu Al-Qasim Al-Zahrawi|Al-Zahrawi]] ("''Abulcasis"'') dan [[Ibnu Rushd]] ("''Averroes"'') amat berpengaruh terhadap kehidupan intelektual Eropah.
 
Orang Islam dan juga yang bukan Islam berkunjung ke Cordoba dari seberang laut untuk belajar di perputakaan-perpustakaan dan universiti-universiti Al-Andalus selepas penaklukan Toledo dalam tahun 1085 M. Yang paling ternama ialah [[Michael Scot]] (c. 1175 ke c. 1235 M), yang membawa karya-karya Ibnu Rushd dan [[Ibnu Sina]] ("''Avicenna"'') ke [[Itali]]. Penyebaran ini memberi kesan yang amat tinggi terhadap pembetukan [[Zaman Pembaharuan]] Eropah.
 
[[Image:Al Andalus.gif|thumb|Kekhalifahan Cordoba c. 1000 M pada zaman puncak [[Al-Mansur Ibn Abi Aamir|Al-Mansur]]]]