Perbezaan antara semakan "Tanah Melayu"

1,229 bait ditambah ,  6 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
[[File:ISS028-E-29803.jpg|thumb|Gambar Semenanjung Tanah Melayu dari [[Stesen Angkasa Antarabangsa]]]]
'''Semenanjung Tanah Melayu''' merujuk kepada tempat yang didiami oleh masyarakat [[etnik Melayu]], di daerah [[Asia Tenggara]]. Ia terbentang dari [[Wilayah Tanintharyi]]<ref>[http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/f443-x-2ndEds.htm Sejarah Perjuangan Melayu Patani (Cetakan Kedua). 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-443-X (kulit lembut).]</ref> di sebelah selatan [[Myanmar]], membawa ke selatan [[Thailand]], keseluruhan [[Semenanjung Malaysia]] hingga ke [[Riau]]-[[Lingga]] di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya ialah [[Segenting Kra]]. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau [[Sumatera]] oleh [[Selat Melaka]]. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau [[Borneo]]. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti [[Pattani]] yang kini berada di bawah kerajaan [[Thailand]]<ref>[http://bexico.cwahi.net/unit_pm_dan_bk/en_hamdan/Artikel/patani.htm
LATARBELAKANG SEJARAH DAN MASYARAKAT MELAYU PATANI, Hamdan Dato’ Mohd. Salleh]</ref> Di bawah pemerintahan British, istilah Semenanjung Tanah Melayu, merupakan hujung terselatan daratan utama Asia, telah mula digunakan, mengeluarkan Singapura.
 
Tanah [[Tanjung Piai]], [[Johor]] merupakan hujung terselatan daratan utama benua [[Asia]]. Titik tersempitnya ialah tanah [[Segenting Kra]]. [[Banjaran Titiwangsa]] yang merupakan sebahagian dari sistem [[Pergunungan Tenasserim]] merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau [[Sumatera]] oleh [[Selat Melaka]]. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau [[Borneo]]. Bahagian selat terselatan iaitu [[Selat Tebrau]] memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau [[Singapura]].
== Sejarah Nama Tanah Melayu ==
 
== Sejarah Namanama Semenanjung Tanah Melayu ==
Semenanjung Tanah Melayu digelar ''Chersonesus Aurea'' ("Semenanjung Emas") oleh [[Claudius Ptolemy]], ahli astronomi dan ahli matematik [[Yunani]] terkemuka, manakala orang India merujuk kepadanya sebagai "Tanah Emas". Nama "Semenanjung Tanah Melayu" ialah terjemahan daripada Malay Peninsular dalam bahasa Inggeris.
 
Menurut kitab [[Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah]], Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu dahulunya dikenali sebagai '''Tanah Segara Masin'''. Kitab tersebut juga ada menceritakan tentang bagaimana nama Tanah Segara Masin ditukarkan kepada Tanah Melayu / Semenanjung Tanah Melayu.
 
Istilah itu juga ada disebut dalam Hikayat hangHang Tuah:
:" ... ka-sana-lah patek, '''lamun pada Tanah Melayu'''." Maka titah raja: "Baik-lah Tun Tuah dudok di- ... " <ref>[http://books.google.com.my/books?id=ModkAAAAMAAJ&q=%22lamun+tanah+melayu%22&dq=%22lamun+tanah+melayu%22&pgis=1 Hikayat Hang Tuah]</ref> Dalam kegunaan ini, istilah itu digunakan bagi merujuk secara umum kawasan yang berada di bawah penguasaan [[Kesultanan Melayu Melaka]]. <ref>[http://www.rajaalihaji.com/en/opinion.php?a=Qi9v= ]</ref>
 
== Lihat juga Peta==
Peta tertua Semenanjung Tanah Melayu yang masih wujud ialah ''Geographike Huphegesis'' ("Panduan Geografi") yang dicipta pada abad ke-13 Masihi, berdasarkan data yang dihimpunkan oleh Ptolemy pada abad pertama Masihi.<ref>[Malaysia: A Pictorial History 1400-2004, m.s. 22. Editions Didier Millet. ISBN 981-4068-77-2.]</ref> Manakala peta moden Tanah Melayu dan Sumatera yang terawal disediakan oleh [[Martin Waldseemuller]] (1470 - 1518) ialah pada tahun 1513. Ia menampilkan sesetengah pusat perdagangan di Semenanjung Tanah Melayu yang kini sudah dilupakan.
* [[Kepulauan Melayu]]
* [[Nusantara]]
 
== Rujukan ==
10,341

suntingan