Hari Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 4 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q4115032
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
 
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri [[Sabah]] sempena hari keputeraan [[Yang Di-Pertua Negeri]]. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di [[Sarawak]] dan [[Semenanjung Malaysia]]<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=356533 Lim Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat]</ref>, namun mulai tahun [[2010]], Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=447846 Hari Malaysia Diisytihar Sebagai Cuti Umum], Bernama</ref>
 
==Pemasyhuran Malaysia==
 
[[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri]] [[Tunku Abdul Rahman]] membacakan Pemasyhuran Malaysia di [[Stadium Merdeka]] pada pagi [[16 September]] [[1963]]. Berikut adalah teks pemasyhuran yang dibaca beliau:
 
<center><big><big>'''Pemasyhuran kemerdekaan'''</big></big></center>
''Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita [[Nabi Muhammad]] dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.''</blockquote>
<blockquote>''Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara [[Persekutuan Tanah Melayu]], [[United Kingdom]], [[Borneo Utara]], [[Sarawak]] dan [[Singapura]] maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri [[Sabah]], Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri [[Pahang]], Negeri [[Terengganu]], Negeri [[Kedah]], Negeri [[Johor]], [[Negeri Sembilan]], Negeri [[Kelantan]], Negeri [[Selangor]], [[Negeri Perak]], Negeri [[Perlis]], Negeri [[Pulau Pinang]] dan Negeri [[Melaka]] dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.''</blockquote>
<blockquote>''Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda [[Ratu Elizabeth II|Queen]] dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;''</blockquote>
<blockquote>''Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;''</blockquote>
<blockquote>''Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;''</blockquote>
<blockquote>''Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh [[Parlimen]] Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;''</blockquote>
<blockquote>''Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya '''Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah''', Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda [[Yang di-Pertuan Agong]], Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan [[Rabiul Akhir]] tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.''</blockquote>
 
 
== Lihat juga ==