KL Gangster 2: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 60:
 
==Konstroversi==
Pada 28 Ogos 2013, seluruh Malaysia digemparkan dengan penyebaran filem ini secara haram menerusi internet. Pihak penerbitan filem iaitu Skop Productions Sdn Bhd telah mengambil langkah segera dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membendung supaya penyebaran meluas filem ini tidak meluas. Pengarahnya, Syamsul Yusof telah memberi amaran keras kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. “Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuat naik filem 'KL Gangster 2' tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun. Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya yang memaklumkan perkara itu di akaun Facebook miliknya.
 
Penyebaran filem ini didakwa berpunca daripada 'penglibatan orang dalam perfileman'.