Perbezaan antara semakan "Kekhalifahan Cordoba"

(gabung Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol)
== Dinasti Umayyah ==
===Kenaikan===
[[Abdul Rahman I]] menjadi Amir Cordoba pada tahun 756 M selepas enam tahun tamatnya pemerintahan [[Kerajaan Bani Umayyah]] di Damsyik pada tahun 750. Lahir di Damsyik, beliau menyeludup ke Sepanyol selepas khalifah terakhir Umayyah [[Marwan bin Muhammad]] ditewaskan tentera Abbasiyyah. Untuk mengekalkan kuasanya, beliau telah menewaskan pemerintah Islam Abbasiyah yang menentang pengaruh UmaiyahUmayyah dan menyatukan beberapa kawasan.
 
Pemimpin wilayah terus menggunakan gelaran amir atau sultan sehinggalah pada abad ke 10, apabila [[Abdul Rahman III]] menghadapi ancaman penaklukan daripada kerajaan Fatimiyah di Kaherah. Untuk membantunya di dalam usaha menentang kerajaan Fatimiyah yang menubuhkan Khilafah di utara Afrika, Abdul Rahman III telah memakai gelaran khalifah. Gelaran ini membolehkan beliau memperoleh kekuatan dan gelaran ini dikekalkan walaupun kerajaan Fatimiyah telah ditewaskan.
Kematian [[al-Hakam II]] pada tahun 976 menandakan bermulanya zaman kejatuhan Khilafah Cordoba di al-Andalus. Sebelum kematiannya [[Al-Hakam II]] telah menamakan puteranya Hisham II yang berusia 10 tahun ketika itu sebagai penggantinya. Memandangkan kanak-kanak tidak layak menjadi khalifah dan mempunyai darah keturunan yang sama dengannya, [[al-Mansur ibn Abi al-Aamir]] (Perdana Menteri kepada bapa Hisham), mengisytiharkan Hisham II sebagai khalifah. Ibn Al-Aamir menjadi pengawal kepada Hisham II dan menjadi pemangkunya sehingga beliau cukup umur. Oleh itu beliau mengasingkan Hisham II di Cordoba sementara cuba menyingkirkan lawannya. Beliau membenarkan orang Barbar dari Afrika Utara berhijrah ke Andalus untuk mengukuhkan kedudukannya. Ibn al-Amir memerintah dengan kejam jika dibandingkan dengan [[Abd-ar-Rahman III]]. Beliau tidak malu menggunakan paksaan untuk memastikan orang-orang Kristian dalam pemeriksaan. Ibn al-Aamir dan penggantinya yang juga anaknya, Abd al-Malik (al-Muzaffar), meneruskan pemegangan kuasa daripada Hisham II sehingga tahun 1008 apabila al-Muzaffar meninggal dunia dan adiknya Abdul al-Rahman mendesak untuk menjadi pengganti kepada Khalifah Hisham II tetapi Hisham II enggan. Di utara Iberia, satu pemberontakan berlaku di seluruh Cordoba. Abd al-Rahman tidak dapat memadamkan pemberontakan tersebut.
 
Keputusan untuk menamakan Hisham II sebagai khalifah telah memindahkan kuasanya dari individu kepada para penasihat. Gelaran khalifah hanya menjadi simbol dan tidak mempunyai sebarang kuasa. Jawatan khalifah sentiasa menjadi rebutan. Khalifah kerajaan UmaiyahUmayyah yang terakhir di Andalus ialah [[Hisham III]] (1027-1031). Dengan beberapa pecahan, Khilafah Cordoba akhirnya tumbang pada tahun 1031 dan berpecah kepada beberapa buah kerajaan yang berasingan.
 
== Ekonomi ==
65,412

suntingan