Abdul Latip bin Talib: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kotak maklumat
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Baris 31:
Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri ''Novel Sejarah Islam'' yang diterbitkan oleh [[PTS Publications & Distributors Sdn Bhd|PTS Fortuna]]. Berdasarkan laman web ''universitipts.com'', karya-karya beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah pencapaian ujian sejarah Islam.<ref>http://universitipts.com/index.php/site/comments/karya_abdul_latip_talip_membantu_pelajar_mendapat_markah_a/</ref>
 
Novel karangan beliau iaitu [[Randau Ruai]] dan [[Beraraklah Awan Pilu]] masing-masing telah memenangi tempat pertama dalam [[Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak]] dan [[Hadiah Sastera Utusan]] pada tahun 2005.Ketika penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja, beliau memenangi tempat ketiga dengan novel Beraraklah Awan Pilu. Pak Latip meraih hadiah RM3,000 dan sijil. Hadiah disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri [[Syed Hamid Syed Jaafar Albar]] di Hotel Renaissance, [[Kuala Lumpur]] pada 19 Julai 2006.<ref>[http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm Guru menang hadiah utama novel remaja Guru menang hadiah utama novel remaja]</ref>
 
Pada tahun 2007, beliau telah dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh Kerajaan [[Negeri Sembilan]]. Selain itu, novel beliau 'Perang Jementah' dan 'Datuk Moyang Saleh telh merangkul hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2007.
 
Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku beliau yang mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu [[Imam-imam yang Benar]], [[Khalifah-khalifah yang Benar]] dan [[Perang-perang yang Benar]] telah mencecah lebih sejuta ringgit. Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula tersenarai dalam 'Top 10 Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan Perolehan Ringgit'.<ref>http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_10_judul_buku_paling_tinggi_sepanjang_tahun_2011_berdasarkan_perol/</ref>
 
Novel [[Umar Al-Khattab - Reformis Dunia Islam]] sedang dalam proses diterjemah ke dalam [[bahasa Inggeris]].
 
Pada Mac 2013, buku-buku beliau sudah diluluskan oleh Jabatan Mufti [[Brunei]] untuk dipasarkan di negara tersebut. Brunei merupakan sebuah negara yang menggariskan syarat yang ketat tentang bahan bacaan yang boleh dibawa masuk terutamanya yang berunsurkan agama. Di Pesta Buku Brunei yang diadakan antara 28 Februari sehingga 10 Mac, buku-buku beliau telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga terdapat beberapa judul yang kehabisan stok, antaranya buku [[Umar Abdul Aziz - Bayangan khalifah al-Rasyidin]].