Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
 
Melengkapkan dan menggunakan sumber dan kepakaran secara optimum untuk melahirkan guru yang berkemahiran masa kini dan masa akan datang.
 
===Moto==
 
IMAN ILMU INTEGRITI
 
IPPM mengutamakan pemantapan iman, penguasaan dan penghayatan ilmu, kebijaksanaan berfikir dan kecekapan bertindak ke arah pembentukan jati diri insan guru yang berintegriti.
 
 
===Logo===
 
Logo IPPM membawa pengertian yang berikut:
Bintang berbucu lima melambangkan Rukun Islam yang lima dan juga Rukun Negara;
* Bulan sabit berwarna kuning melambangkan kesucian Agama Islam;
* Daun mengambil sempena nama tempat terletaknya Institut ini iaitu di Durian Daun.
* Nama IPPM dalam tulisan Jawi Nasakh melambangkan Institut mendukung keperibadian Melayu-lslam.
* Warna kuning dan biru melambangkan warna Institut, yang juga selari dengan pengertian warna-warna pada bendera Malaysia, disebabkan Institut ini merupakan sebuah institusi di bawah Kerajaan Persekutuan;
* Moto IPPM ialah “Iman Ilmu Integriti”
 
 
===Matlamat===
 
* Melahirkan guru yang reflektif, bersepadu dalam pelbagai disiplin ilmu, berupaya mengamalkan dan menyebarluaskan ilmu dan kemahiran;
* Membentuk watak guru peteladan dari segi kecerdasan pemikiran, kemantapan rohani, kestabilan emosi, ketangkasan jasmani, penampilan diri dan berkemahiran interpersonal;
* Mewujudkan iklim organisasi yang kondusif bagi menyuburkan dan meningkatkan profesionalisme keguruan;
* Membina pasukan kerja yang cekap, jelekit dan beriltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan;
* Mewujudkan rangkaian kerjasama antara IPG dengan institusi pendidikan, masyarakat, dan agensi-agensi lain untuk memahami senario pendidikan dan menangani isu pendidikan semasa;
* Menjadikan IPPM pusat rujukan pendidikan dan menyediakan perkhidmatan konsultasi dari segi pedagogi, pengurusan pendidikan, pembangunan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan, dan prasarana
 
===Piagam Pelanggan===
 
IPPM sentiasa memberi perkhidmatan pendidikan keguruan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan dan mencapai aspirasi negara dengan memastikan:
 
1. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada hari pertama sesi interaksi bermula;
2. Semua aduan pelanggan diberi perhatian dan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas aduan diterima;
3. Elaun pelajar dibayar dalam tempoh sepuluh hari bekerja pertama bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima;
4. Pelajar IPPM menguasai ilmu dan kemahiran keguruan dan memiliki jati diri serta sahsiah yang unggul;
5. Semua maklumat pelajar adalah sahih dan sentiasa kemas kini untuk tujuan rekod dan rujukan;
6. Maklumat pelajar semester akhir yang lengkap disediakan 6 bulan sebelum penempatan dan dihantar ke bahagian-bahagian berkenaan 3 bulan sebelum sesi persekolahan bermula;
7. Keputusan peperiksaan diumumkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas surat pengumuman keputusan peperiksaan diterima daripada BPG;
8. IPPM sedia memberi khidmat konsultasi dan rujukan pendidikan kepada masyarakat pendidik khususnya.
 
 
===Teras Kecemerlangan===
 
1. Menyediakan latihan guru yang berasaskan sekolah ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang perbezaan pendidikan dalam kalangan pelajar.
2. Menjana kecemerlangan pendidikan dalam bidang TMK dan pintar cerdas.
3. Memartabatkan profesion keguruan melalui penghayatan dan amalan budaya IPG.
4. Membudayakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
5. Meningkatkan kualiti dan memantapkan sistem penyampaian latihan perguruan.
6. Meningkatkan kualiti dan memantapkan sistem penyampaian pengurusan dan pentadbiran.