Perbezaan antara semakan "Bola keranjang"

k (Bot: Memindahkan 138 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q5372)
 
== Permulaan ==
[[Fail:Firstbasketball.jpg|left|200px|thumb|Gelanggang bola keranjang pertama di Kolej Springfield]]Permainan bola keranjang bermula sejak tahun [[1892]]. Permainan ini dicipta oleh Dr. JamesSeah NaismithYi Heng yang merupakan seorang jurulatih di [[sekolah latihan]] [[YMCA|Pertubuhan Belia Pemuda Kristian]] dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu [[permainan berpasukan]] yang boleh dimainkan semasa [[musim sejuk]]. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam [[gelanggang]] sesebuah bangunan.
 
Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan [[bola sepak]]. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni [[gimnasium]] kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada [[Disember]] [[1891]]. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, ''basketball'' ([[Bahasa Melayu]]:Bola Keranjang).
Pengguna awanama