Tenaga pengikatan: Perbezaan antara semakan

k
tiada ringkasan suntingan
(Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Fizik nuklear}} '''Tenaga pengikatan''' ialah tenaga mekanik yang diperlukan untuk meleraikan satu sistem kepada bahagian-bahagian berbeza. Keadaan ...')
 
kTiada ringkasan suntingan
{{Fizik nuklear}}
'''Tenaga pengikatan''' ialah [[tenaga mekanikmekanikal]] yang diperlukan untuk meleraikan satu sistem kepada bahagian-bahagian berbeza. [[Keadaan terikat|Sistem yang terikat]] biasanya mempunyai [[tenaga potensi]] yang lebih rendah daripada jumlah bahagian-bahagiannya — inilah yang mengekalkan sistem ini bersama-sama. Selalunya ia bermaksud tenaga dilepaskan sewaktu pembentukan keadaan terikat. Takrifan ini membawa kepada tenaga pengikatan ''positif''. (Takrifan ini juga menyebabkan kekeliruan. Misalnya, istilah yang biasa dalam kimia ialah 'tenaga pengikatan bebas', iaitu perbezaan antara keadaan terikat dan tidak terikat dan nilainya ''negatif'').
 
==Gambaran umum==
Secara amnya, tenaga pengikatan melambangkan [[kerja mekanikal]] yang perlu dijalankan melawan daya-daya yang memegang satu objek bersama-sama, meleraikan objek kepada bahagian-bahagian tertentu yang terasing pada jarak yang cukup jauh sehinggakan pemisahan seterusnya memerlukan tenaga tambahan yang boleh tidak dikira.
 
Pada [[kimia kuantum|paras atom]], '''tenaga pengikatan atom''' satu atom diterbitkan daripada [[interaksi elektromagnet]] dan ialah [[tenaga pengionan|tenaga]] yang diperlukan untuk meleraikan atom kepada elektron bebas dan nukleus. [[Tenaga pengikatan elektron]] ialah ukuran tenaga yang diperlukan untuk membebaskan elektron-elektron daripada orbit atomnya. Ini biasanya lebih dikenali sebagai [[tenaga pengionan]].
 
Pada [[fizik nuklear|paras nuklear]], tenaga pengikatan juga bersamaan dengan tenaga yang dibebaskan apabila satu nukleus dihasilkan daripada nukleon atau nuklei yang lain. '''Tenaga pengikatan nuklear''' ini (tenaga pengikatan [[nukleon]] kepada [[nuklid]]) diterbitkan daripada [[daya nuklear]] (sisa [[interaksi kuat]]) dan ialah [[tenaga]] yang diperlukan untuk meleraikan [[nukleus]] kepada jumlah sama [[neutron]] dan [[proton]] bebas dan tidak terikat, yang sama dengan jumlah yang membentuk nukleus, sehinggakan [[nukleon|nukleon-nukleon]] berada cukup jauh antara satu sama lain sehinggakan daya nuklear tidak lagi menyebabkan zarah-zarah untuk berinteraksi.
 
Dalam [[astrofizik]], [[tenaga pengikatan graviti]] jasad samawi ialah tenaga yang diperlukan untuk mengembangkan bahan itu sehingga tidak terhingga. Kuantiti ini jangan dikelirukan dengan [[tenaga potensi graviti]], iaitu tenaga yang diperlukan untuk mengasingkan dua jasad, seperti jasad samawi dan satelit, sejauh tidak terhingga sementara mengekalkan bentuk kedua-dua jasad (tenaga ini lebih rendah nilainya).
1,094

suntingan