Tenaga pengikatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
 
Baris 1:
{{Fizik nuklear}}
'''Tenaga pengikatan''' ialah [[tenaga mekanikal]] yang diperlukan untuk meleraikan satu sistem kepada bahagian-bahagian berbeza. [[Keadaan terikat|Sistem yang terikat]] biasanya mempunyai [[tenaga potensikeupayaan]] yang lebih rendah daripada jumlah bahagian-bahagiannya — inilah yang mengekalkan sistem ini bersama-sama. Selalunya ia bermaksud tenaga dilepaskan sewaktu pembentukan keadaan terikat. Takrifan ini membawa kepada tenaga pengikatan ''positif''. (Takrifan ini juga menyebabkan kekeliruan. Misalnya, istilah yang biasa dalam kimia ialah 'tenaga pengikatan bebas', iaitu perbezaan antara keadaan terikat dan tidak terikat dan nilainya ''negatif'').
 
==Gambaran umum==
Baris 9:
Pada [[fizik nuklear|paras nuklear]], tenaga pengikatan juga bersamaan dengan tenaga yang dibebaskan apabila satu nukleus dihasilkan daripada nukleon atau nuklei yang lain. '''Tenaga pengikatan nuklear''' ini (tenaga pengikatan [[nukleon]] kepada [[nuklid]]) diterbitkan daripada [[daya nuklear]] (sisa [[interaksi kuat]]) dan ialah [[tenaga]] yang diperlukan untuk meleraikan [[nukleus]] kepada jumlah [[neutron]] dan [[proton]] bebas dan tidak terikat yang sama dengan jumlah yang membentuk nukleus, sehinggakan [[nukleon|nukleon-nukleon]] berada cukup jauh antara satu sama lain sehinggakan daya nuklear tidak lagi menyebabkan zarah-zarah untuk berinteraksi.
 
Dalam [[astrofizik]], [[tenaga pengikatan graviti]] jasad samawi ialah tenaga yang diperlukan untuk mengembangkan bahan itu sehingga tidak terhingga. Kuantiti ini jangan dikelirukan dengan [[tenaga potensikeupayaan graviti]], iaitu tenaga yang diperlukan untuk mengasingkan dua jasad, seperti jasad samawi dan satelit, sejauh tidak terhingga sementara mengekalkan bentuk kedua-dua jasad (tenaga ini lebih rendah nilainya).
 
Dalam sistem terikat, sekiranya tenaga pengikatan dikeluarkan daripada sistem, ia perlu ditolak daripada [[jisim]] sistem tidak terikat kerana tenaga ini ''ada'' jisim. Oleh itu, jika tenaga dikeluarkan (atau dipancarkan) daripada sistem pada masa ia terikat, kehilangan tenaga daripada sistem itu juga akan menyebabkan kehilangan jisim tenaga itu daripada sistem tersebut. Jisim sistem tidak diabadikan di dalam sistem ini kerana sistem ini "terbuka" (dengan kata lain, ia bukannya [[sistem terasing|sistem yang terasing]] daripada kemasukan atau keluaran jisim atau tenaga) sewaktu proses pengikatan.