Fitri Haris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17:
'''Mohamad Fitri bin Mohamad Haris''' atau juga dikenali sebagai ''Fitri'' atau ''Pit'' merupakan salah seorang daripada bekas anggota kumpulan [[UNIC]] (2002-2008) yang merupakan kumpulan [[penyanyi]] [[Malaysia]] yang menyampaikan lagu berirama [[nasyid]]. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris dilahirkan pada 5 Jun 1984, dan berasal dari [[Kuala Pilah]], [[Negeri Sembilan]]. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris merupakan penuntut di salah sebuah [[universiti|IPT]] di [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia|UIAM]], Gombak dalam jurusan ''Ilmu Wahyu''.
 
Ketika beliau berusia 19 tahun, beliau pernah mendirikan rumahtanggarumah tangga dengan pilihan hatinya yang berasal dari [[Singapura]]. Hasil daripada perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan seorang anak bernama Sofia Solehah. Namun selepas bergelut dengan masalah rumah tangga hampir dua tahun lalu, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk kembali hidup bersendirian.
 
Setelah berpisah dengan bekas isterinya, beliau telah membawa hati dan menyambung semula cita-citanya untuk menjadi pensyarah dengan memasuki [[Universiti Malaya]], [[Kuala Lumpur]] dalam jurusan perniagaan kecil dan sederhana peringkat '''Ijazah Sarjana Muda'''. Tidak lama kemudian, beliau berangkat ke New Zealand (NZ) untuk menyambung pengajian jurusan sama pada peringkat '''Ijazah Sarjana''' pula. Sementara menunggu untuk ke NZ, beliau telah bekerjasama dengan '''Arteffects International''' yang ditubuhkan oleh rakannya, [[Hafiz Hamidun]] yang juga bekas anggota kumpulan [[UNIC]] menghasilkan album himpunan '''Zikir Terapi Munajat'''. Hafiz Hamidun telah bertindak sebagai penerbit album dan semua melodi zikir dalam album itu termasuk satu lagu nasyid telah dicipta oleh Hafiz Hamidun sendiri.