Jantung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1072
Baris 34:
[[Darah]] terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, [[vena kava superior]] (''superior vena cava'') dan [[vena kava inferior]] (''inferior vena cava''). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui [[arteri pulmonari]]. Selepas darah kehilangan [[karbon dioksida]] dan menyerap [[oksigen]] dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui [[aorta]] ke seluruh tubuh kecuali peparu.
 
Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk babi barua cibai pelaq nak haram jadah... mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke [[paru-paru|peparu]], jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) [[kapilari]] peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.
 
Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai ''[[perikardium]]'' (''pericardium''), lapisan tengah dipanggil [[myokardium]] (''myocardium''), dan lapisan terdalam dipanggil [[endokardium]] (''endocardium''). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu ''fibrous pericardium'' (luar) dan ''serous pericardium'' (dalam). Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada [[sel epitelium]] leper dan tisu penyambung.