Zul Adnan Mohd Razali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
'''Zul Adnan Mohd Razali''' atau lebih dikenali sebagai ''JS Kevin'' atau juga ''Masterpiece, ZN Kevin, Nasha Kevin, Zul Kevin, Joe Kevin dan An Kevin'' merupakan seorang penulis lirik dan penggubah lagu rock yang terkenal suatu masa dahulu. Komposer yang banyak menyumbangkan di dalam menulis lagu dan lirik untuk kumpulan rock tempatan sekitar ‘80-an dan ‘90-an.
 
Menurut catatan di dalam www.muzikrock.com, beliau berasal dari Kg Bumiputra, Keramat, Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 1960an (Beliau dilahirkan di perairan Australia apabila bapanya seorang kelasi kapal membawa bersama ibunya yang sedang hamil ketika itu).Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur. Meninggal pada 8hb Ogos, 2002. Beliau pernah bekerja selama empat tahun di pelantar minyak Esso di Terengganu dan mula mengenali Saleem ( IKLIM ) & berkawan rapat, di manasini jugalah beliau mula-mula mendapat ilham mencipta lagu.Beliau tidak pernah hadir dalam sebarang acara pertandingan lagu yang dianjurkan oleh stesen televisyen. Semua hadiah kemenangan beliau diterima oleh wakil.Gambar beliau telah disiarkan kepada umum semasa Anugerah Industri Muzik 2003 di dalam segmen memperingati insan seni yang telah meninggal dunia. Pautan http://www.muzikrock.com/js_kevin_01.html
 
Life Records Sdn Bhd, dengan kerjasama komposer [[Haron BPR]], kini mengeluarkan sebuah album khas bagi memperingati perjuangan beliau. Dengan judul Tangisan Di Gelanggang Fana- A Tribute To JS Kevin, lagu yang pernah dipopularkan oleh sebuah kumpulan Mentor pada awal tahun 1990an dahulu ditujukan kepada komposer tersebut. Tangisan Di Gelanggang Fana, ciptaan Haron BPR dan Abdullah Romany, didendangkan semula oleh Shamrin ([[Kumpulan Fotograf|Fotograf]]), Mus ([[Kumpulan May|May]]) Ucop ([[Kumpulan Baji|Baji]]) , Faizul MI2 dan Asheeed ([[Kumpulan Def Gab C|Def Gab C]]).
Baris 37:
 
Bagi bekas vokalis [[Baji]] yang lama menghilangkan diri, Ucop kagum dengan kebolehan JS Kevin menghasilkan karya muziknya. "Saya masih ingat sewaktu kami di studio pada tahun 1999. Kami sedang mencari idea untuk menghasilkan lagu. "Arwah keluar dari studio dan menyedari bahawa cuaca malam tersebut hujan lebat. Shamrin terkenang kerjasama bersama arwah JS Kevin di Pangkor "Lantas, arwah tercetus idea untuk menghasilkan sebuah lagu berjudul 'Halalintar' untuk bekas kumpulan saya, Say -Q," ujar Ucop lagi. Manakala, vokalis Fotograf pula, pengalaman bekerjasama dengan arwah tidak akan dilupakan. "Walaupun kami jarang bekerjasama, tetapi hasil didikan serta karyanya membantu kumpulan saya. "Saya teringat pertama kali dia berkerjasama dengan Fotograf menerusi lagu Bahtera Kenangan di Pangkor," ujar Shamrin yang turut gembira bahawa royalti bakal diberikan kepda keluarga JS Kevin nanti.
 
==Penyanyi yang Sinonim dengan Lagu Lagu J.S Kevin==
 
* Awie ( Wings )
* Mael ( XPDC )
* Saleem ( IKLIM )
* Joey ( BPR )
 
==Lagu ciptaannya==