Taoisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Membalikkan suntingan oleh 210.186.59.97 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 118.101.201.170
Baris 22:
[[Fail:Yin and Yang.svg|frames|right|200px]]
 
Lambang yang sering dikaitkan dengan ajaran Laozi ialah lambang "''ying-yang''" ("''ying''" bermaksud "feminin", dan "''yang''" bermaksud "maskulin"). Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia ini adalah dunia [[dualisme]], iaitu segala fenomena dalam dunia ini mempunyai dua keterlaluan. Misalnya, jika tiadanya besar, tidak akan ada kecil; jika tiadanya kiri, tidak akan ada kanan, dan sebagainya. Oleh itu, lambang ini mempunyai dua bahagian yang sama besar, separuh putih dan separuh hitam. Garis di tengah adalah melengkung dan bukannya luruslulus. Ini bermakna bahawa kesemua fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah. Sewaktu hitam berkembang, putih berundur, dan sebaliknya. Oleh itu, seseorang harus tidak menentangi sifat alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja. Sebaliknya, dia harus berundur pada tempoh sebegini, dan menunggu untuk "putih" memulih. Ini adalah salah satu daripada tafsiran konsep "''wei-wu-wei''".
 
Bahagian putih mempunyai satu titik hitam, dan bahagian hitam mempunyai satu titik putih pada bahagiannya yang paling besar. Ini membawa maksud bahawa tiada sesuatu perkara di dunia ini yang benar-benar putih, dan tiada sesuatu perkara yang benar-benar hitam. Umpamanya, kejayaan (putih) akan menyebabkan keangkuhan (hitam) dan mungkinnya ketamakan (hitam). Sebaliknya, kegagalan (hitam) akan menyebabkan pembasmian keangkuhan (putih) dan kemunculan rendah hati (putih).