Perbezaan antara semakan "Diskriminasi"

2,759 bait ditambah ,  7 tahun lalu
k
Reverted 3 edits by 118.96.137.189 (talk) to last revision by Arctic Kangaroo. (TW)
(Mengosongkan laman)
k (Reverted 3 edits by 118.96.137.189 (talk) to last revision by Arctic Kangaroo. (TW))
'''Diskriminasi''' merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam [[masyarakat]] [[manusia]]. Ia berpunca daripada kecenderungan [[manusia]] untuk membeza-bezakan [[manusia]].

Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, [[institusi]], [[firma]], malah oleh [[kerajaan]]. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:

* Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.
* Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.
* Sebuah institusi [[pendidikan]] enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.

Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: ''Equal Opportunity'')

== Jenis-jenis Diskriminasi ==
Diskriminasi adalah perlakuan buruk yang ditujukan terhadap kumpulan [[manusia]] tertentu. Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti dibawah:

* '''Diskriminasi Umur'''
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur tertentu. Misalnya, di negara [[Malaysia]] [[remaja]] sentiasa dianggap orang yang menimbulkan masalah sehingga timbul istilah "masalah remaja".

* '''Diskriminasi Jantina'''
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama.

* '''Diskriminasi Kesihatan'''
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan.

* '''Diskriminasi Ras'''
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka.

* '''Dikriminasi Agama'''
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan [[agama]] yang dianuti.

* '''Diskriminasi Kaum'''
Tidak memberi layanan yang sama rata kepada kaum lain.

== Lihat Juga ==
* [[Rasisme]]
* [[Aparteid]]
* [[Kasta|Sistem Kasta]]

== Pautan Luar ==
* [http://www.eoc.org.hk/eoc/GraphicsFolder/default.aspx Equal Opportunity Commission of Hong Kong]

[[Kategori:Masyarakat]]
65,412

suntingan