Universiti Pendidikan Sultan Idris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.132.52.95 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
Tiada ringkasan suntingan
Baris 40:
 
==Sejarah==
Maktab perguruan pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 di [[Taiping]] bawah nama Maktab Perguruan Matang. Maktab ini menggunakan bangunan rumah [[Ngah Ibrahim]] sebelum berpindah secara tetap ke [[Tanjung Malim]] dan diberikan nama baru sempena sultan [[Perak]] pada masa itu. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di [[Tanjung Malim]]. Namanya sempena nama [[Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar]] yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916. Baginda lahir pada tahun [[1849]] dan mangkat pada tahun [[1916]].
 
Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada [[29 November]] [[1922]].