Upin & Ipin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Raptor 12 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 31:
Mula-mulanya, ''Upin & Ipin'' disiarkan sempena bulan [[Ramadan]] pada tahun 2007 Masihi di [[TV9]] (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui lima musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk [[DVD]] dan [[penstriman video]] melalui Internet. ''Upin & Ipin'' juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.

Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam [[Malaysia Book of Records]] sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011.<ref name=mbr/> Selepas filem ''Geng'', watak Upin & Ipin bakal membintangi sebuah lagi filem ceteracerita berjudul ''[[Laksamana Upin & Ipin]]'' yang dijangka keluar pada tahun 2013.

==Sejarah==
Baris 38:
Nizam percaya bahawa aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung yang serba santai pasti menarik minat pasaran antarabangsa. Hujahnya, siri animasi ''[[Doraemon]]'' dari Jepun boleh laris di seluruh dunia meskipun berlatarkan budaya setempat dan bukannya budaya antarabangsa.<ref name=animating>{{cite news|title= Animating Malaysia for the world |author=Steven Patrick|work=The Star|date=12 Jun 2008|url=http://star-techcentral.com/tech/story.asp?file=/2008/6/12/itfeature/1335928&sec=itfeature|accessdate=9 Januari 2010}}</ref> Apatah lagi, reputasi Les' Copaque sebagai syarikat terkenal mula dibentuk oleh populariti ''Upin & Ipin'' bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain yang mengimport siri ini khususnya Indonesia.

Proses animasi ''Upin & Ipin'' (dan juga filem ''Geng'') menggunakan perisian CGI [[Autodesk Maya]]. <ref>[http://usa.autodesk.com/adsk/servlet/item?siteID=1157326&id=13707551 Customer Showcase: Geng: Pengembaraan Bermula]. Dicapai pada 9 Januari 2010.</ref> Di sebuah sidang media perisian animasi pada tahun 2009, Ketua Pereka Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahu, "Salah satu tujuan kami memilih perisian ini kerana ia mudah. Lagi pun kami sudah berpengalaman menggunakannya sebelum ini."<ref>{{cite news|title= Autodesk pelengkap animasi |author=Aqmar Alladad|work=Kosmo!|date=14 Oktober 2009|url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm|accessdate=9 Januari 2010}}</ref>member

Musim pertama ''Upin & Ipin'' diterbitkan khusus sempena sambutan [[Ramadan]] pada tahun 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia. Kata Safwan, "Kami memulakan siri animasi empat minit ini … untuk menguji penerimaan pasaran tempatan serta mengukur bagaimana reaksinya kepada kebolehan penceritaan kita."<ref name=animating/> Sambutan memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les' Copaque agar menerbitkan satu musim lagi yang diisi 12 episod dengan watak-watak baru, sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun 2008. Musim pertama ''Upin & Ipin'' memenangi anugerah Animasi Terbaik di [[Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur]] 2007.<ref>[http://gengmovie.blogspot.com/2007/11/series-upin-ipin-won-in-kliff-2007.html Series Upin & Ipin Won in KLIFF 2007!!], Les Copaque, 30 November 2007. Dicapai pada 8 Januari 2010.</ref>

Selepas dua musim yang bertemakan Ramadan dan keislaman, penerbitan ''Upin & Ipin'' beralih kepada penceritaan yang lebih bersifat "sejagat". Ketika ditemubual dalam rancangan wawancara Internet, ''The Entrepreneur'', pada tahun 2010, Haji Burhanuddin menjelaskan sebab pihaknya berbuat demikian, "kandungan bercirikan Islam sukar untuk dijual … pasaran Timur Tengah nampak bagus, tetapi sebenarnya tidak; jika dijual kepada penyiar satelit, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak lain, apatah lagi mereka meminta harga yang sangat rendah. Sebab itulah kami mengubah konsep daripada Islam kepada sejagat."<ref>{{cite video |date=24 Jun 2010 |title=The Entrepreneur Media EXpose - Tuan Hj Burhanuddin Md Radzi Part 2
|url=http://www.youtube.com/watch?v=FR6S2ohv4yc |language=Inggeris |publisher=The Entrepreneur |accessdate=16 Disember 2010 |time=3:00}}</ref> Oleh itu, ''Upin & Ipin dan Kawan-kawan'' disiarkan sepanjang tahun mulai awal tahun 2009, yang mana episod baru disiarkan pada musim cuti sekolah atau Ramadan/Aidilfitri, manakala hari-hari persekolahan hanya ada siaran ulangan. Ini berterusan sehingga musim keempat pada tahun 2010.

Pada tahun 2009 juga, barulah filem ''Geng: Pengembaraan Bermula'' ditayangkan, untuk menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagam di Malaysia pada tahun itu. Pada bulan September, Nizam, Safwan dan Anas meninggalkan Les' Copaque<ref>[http://www.theedgemalaysia.com/technology/164290-a-busy-year-for-les-copaque.html A busy year for Les’ Copaque], Doreen Leong, The Edge Malaysia, 20 April 2010.</ref> untuk menubuhkan sebuah studio animasi baru, iaitu Animonsta Studios; namun siri animasi ''Upin & Ipin'' masih diteruskan di bawah pimpinan Haji Burhanuddin selaku pengarah.<ref>{{cite news|title= Monstas on the loose|work=The Star|date=8 Disember 2009|url=http://star-techcentral.com/tech/story.asp?file=/2009/12/8/itfeature/5233221&sec=itfeature|accessdate=9 Januari 2010}}</ref>

Susulan filem ''Geng'', Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin & Ipin, iaitu ''Upin & Ipin: Angkasa'' pada pertengahan tahun 2009. Namun, setahun kemudian, filem ''Angkasa'' diumumkan batal dan diganti dengan ''[[Laksamana Upin & Ipin]]'' yang dijanjikan dalam bentuk [[filem 3D]].<ref>[http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/5/28/mstar_hiburan/20100527195816&sec=mstar_hiburan Tuah Kembar Botak Cetuskan ‘Laksamana Upin & Ipin’], mStar Online, 28 Mei 2010. Dicapai pada 22 Ogos 2010.</ref>

Pada 29 September 2010, kugiran [[Padi (kugiran)|Padi]] dari [[Indonesia]] melancarkan sebuah lagu tema baru untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepada [[Hubungan Malaysia - Indonesia|hubungan antara Malaysia dengan Indonesia]] yang dikatakan dilanda konflik ketika ini.<ref>[http://entertainment.kompas.com/read/2010/09/29/19022293/Bikin.Lagu.Upin..Ipin..PADI.Tak.Takut.Ditentang-12 Bikin Lagu Upin & Ipin, PADI Tak Takut Ditentang], Kompas, 29 September 2010. Dicapai pada 17 Oktober 2010.</ref> [[Video muzik]] lagu ini yang sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos<ref>[http://gengmovie.blogspot.com/2010/08/padi-sahabat-selamanya-lagu-tema-upin.html Padi, Sahabat Selamanya... Lagu Tema Upin & Ipin], LCP Production Blog, 31 Ogos 2010. Dicapai pada 17 Oktober 2010.</ref>, menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasi Upin & Ipin.

Pada Disember 2010, dilaporkan bahawa francais Upin & Ipin mengumpul pendapatan sebanyak RM 12 juta pada tahun 2009 dan 2010, kebanyakannya hasil penjualan siri Upin & Ipin kepada penyiar antarabangsa.<ref>[http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/12/1/mstar_hiburan/20101130164916&sec=mstar_hiburan Upin Ipin: Les'Qopaque kumpul RM12 Juta], mStar Online, 1 Disember 2010. Dicapai pada 16 Disember 2010.</ref>

Di tengah musim kelima ''Upin & Ipin'' pada tahun 2011, Les' Copaque memperkenalkan [[rancangan aneka ragam]] kanak-kanak mingguan, ''[[Kelab Upin & Ipin]]'', mulai 4 Jun. Pada musim Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, musim terawal ''Upin & Ipin'' disiarkan dalam [[Astro Ceria]].

==Latar==
{{lihat juga|Senarai watak Upin & Ipin}}
Upin & Ipin dan Kawan-kawan merupakan siri animasi yang menceritakan kisah sepasang kembar 5 tahun yang menjalani kehidupan mereka sehari-hari yang penuh dengan aktiviti menarik dan pengembaraan yang mendebarkan.

Kenali Upin & Ipin dan kawan-kawannya: Ehsan, merupakan ketua kelas yang sering menjadi pengadil dalam sesebuah permainan. Fizi, merupakan sepupu Ehsan yang sering menjadi mangsa keadaan; Mei Mei, kanak-kanak berbangsa Cina, comel, bersopan-santun dan sering menyuarakan pendapatnya; Mail, suka berniaga dan sering ditonjolkan sebagai mempunyai ciri-ciri ahli perniagaan yang berjaya. Mail sentiasa cuba untuk menjual apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan dengan laungan “dua, seringgit”; manakala Jarjit pula, kanak-kanak Sikh yang sangat periang. Walaupun sebaya, namun suara dan wajahnya kelihatan lebih matang serta Jarjit sangat gemar teka-teki dan berpantun. Tidak lupa juga; Ros, kakak mereka yang sangat garang dan Opah yang lemah-lembut dan sering menasihati mereka.

==Episod==
{{utama|Senarai episod Upin & Ipin}}

==Media==
===Siaran TV===
{|class=wikitable
!width=120| Negara !!width=130| Saluran !!width=120| Mulai !! Catatan

|rowspan=2| {{MYS}} ||[[TV9]] ||align=center| September 2007 || Musim pertama hingga sekarang

| [[Astro Ceria]] ||align=center| Ogos 2011 || Musim pertama

|rowspan=2| {{INA}} ||[[TVRI]] ||align=center| September 2007 || Musim pertama sahaja, serentak dengan Malaysia

|[[MNC TV|MNC TV]] (dahulunya TPI) ||align=center| September 2008 || Mulai musim ke-2 hingga sekarang

| {{PHI}} ||GMA network ||align=center| masa depan || Musim pertama hingga sekarang

| {{SIN}} ||[[MediaCorp Suria]] ||align=center| Februari 2011 || Mulai musim ke-3 hingga sekarang

| {{TUR}} ||Hilal TV<ref name=blog>[http://gengmovie.blogspot.com/2008/09/upin-ipin-turkish-version.html Les'Copaque Production; The Official Production Blog]</ref> ||align=center| September 2008 || Musim pertama dan ke-2

| {{MYS}}
{{SIN}}
{{INA}}
{{BRU}}
{{THA}}
{{PHI}}
{{VIE}}
{{CAM}}
{{HKG}} {{ref|a|a}}
{{KOR}}{{ref|b|b}} ||[[Disney Channel Asia|Disney Channel]] ||align=center| November 2009 || Mulai musim ke-3 hingga sekarang

;Catatan:
{{note|a|a}} Sehingga Mac 2010. Mulai April 2010, Disney Channel Hong Kong mengganti Disney Channel Asia.

{{note|b|b}} Sehingga 30 Jun 2011. Mulai 1 Julai 2011, Disney Channel Korea mengganti Disney Channel Asia.

Selain di TV, episod-episod Upin & Ipin boleh juga ditonton melalui [[Senarai episod Upin & Ipin#DVD|DVD]] dan khidmat penstriman video yang sah di sisi undang-undang, iaitu di akaun rasmi ''lescopaque'' di [[YouTube]] dan juga [[Tonton.com.my]].

==Kelab Upin & Ipin==
Walaupun aktif sejak tahun 2009, namun '''Kelab Upin & Ipin''' hanya dirasmikan di acara "Hari Kelab Upin & Ipin" di [[Zoo Negara Malaysia|Zoo Negara]] pada 12 Jun 2010.<ref>[http://gengmovie.blogspot.com/2010/06/kemeriahan-hari-kelab-upin-ipin-di-zoo.html Kemeriahan Hari Kelab Upin & Ipin di Zoo Negara (Bahagian 1)], LCP Production Blog, 14 Jun 2010. Dicapai pada 17 Oktober 2010.</ref> Ahli kelab menikmati peluang menyertai semua aktiviti kelab sepanjang tahun, dan juga harga istimewa untuk barang dagangan berjenama Upin & Ipin di kedai U & I Boutique dan Geng's Corner. Di samping itu, rancangan televisyen kanak-kanak ''[[Kelab Upin & Ipin]]'' disiarkan mulai 4 Jun 2011 di TV9.

==Media lain==
===Cenderamata===
Selain DVD, jenama Upin & Ipin juga terjual dalam bentuk barangan cenderamata<ref>[http://www.upindanipin.com.my/worldofgeng/products.html U&I Original Merchandise]</ref>, termasuk pakaian, kelengkapan sekolah, sampul [[duit raya]], anak patung dan juga bantal kusyen dibawah jenama "U & I Boutique". Malangnya, barangan-barangan Upin & Ipin tidak terlepas daripada gejala [[cetak rompak]] dan barangan tiruan<ref>[http://gengmovie.blogspot.com/2009/04/upin-ipin-palsu.html Upin & Ipin Palsu?], Les Copaque, 4 April 2009. Dicapai pada 8 Januari 2010.</ref>; tetapi mujurlah adanya penguatkuasaan [[Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna]] untuk memantau dan membendung kegiatan haram ini.<ref>{{cite news|title=3,000 Baju Tiruan Upin & Ipin Dirampas|publisher=Bernama|date=22 Mei 2009|url=http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=413098|accessdate=8 Januari 2010}}</ref>

===Muzik rakaman===
Pada tahun 2011, Les' Copaque dan syarikat rakaman Nova Music menerbitkan album lagu Aidilfitri ''Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin'' yang menampilkan nyanyian Asyiela Putri Azhar sebagai pelakon suara Upin dan Ipin.<ref>[http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&file=/2011/7/28/mstar_hiburan/20110727183702 Album 'Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin' Dilancar], mStar Online, 28 Julai 2011. Dicapai pada 20 Ogos 2011.</ref> Pada pertengahan tahun 2012, Asyiela berduet bersama [[Najwa Latif]] untuk merakam lagu "Terima Kasih Cikgu" sempena sambutan [[Hari Guru]] dan episod "Terima Kasih Cikgu".

===Majalah===
Mulai Disember 2009, ''Majalah Komik Upin & Ipin'' diterbitkan sekali sebulan untuk pasaran seluruh Malaysia, terbitan Nyla Sdn Bhd.<ref>[http://www.facebook.com/note.php?note_id=213784499272 Upin & Ipin: Majalah Komik Upin & Ipin dipasaran]. Dicapai pada 27 Mac 2010.</ref> Isi kandungan majalah ini terdiri daripada komik hasil tangkapan skrin siri ''Upin & Ipin'' dan filem ''Geng: Pengembaraan Bermula'', profil [[pelakon suara]] dan krew di sebalik siri ''Upin & Ipin'', halaman pembelajaran dan aktiviti, dan sebagainya.

===Permainan video dan aplikasi===
Les' Copaque Production membuka sebuah bahagian pembangunan permainan, LC Game Develpment Inc. Sdn Bhd untuk mengeluarkan permainan elektronik ''Upin & Ipin''. LC Game Development Inc. telah menghasilkan dua permainan mini untuk pengguna [[iOS]], iaitu ''Pocket Ipin'' (2010), ''Pocket Upin'' (2012) dan ''Upin & Ipin Dash'' (2012).

Pada sekitar Mac 2011, dilaporkan bahawa Les' Copaque sedang membangunkan [[permainan komputer]] ''Upin & Ipin.''<ref>[http://amanz.my/2011/03/les-copaque-bakal-memperkenalkan-permainan-upin-dan-ipin/ Les Copaque Bakal Memperkenalkan Permainan Upin dan Ipin], Amanz, 23 Mar 2011. Dicapai pada 19 November 2011.</ref> Pada Oktober tahun itu, diumumkan pula bahawa dua permainan ''Upin & Ipin'' yang berasingan sedang dibangunkan.<ref>[http://amanz.my/2011/10/eksklusif-les-copaque-sedang-membangunkan-dua-permainan-desktop-upin-dan-ipin/Eksklusif : Les Copaque Sedang Membangunkan Dua Permainan Desktop Upin Dan Ipin], Amanz, 28 Oktober 2011. Dicapai pada 19 November 2011.</ref>

===Muzikal===
Pementasan teater ''Upin & Ipin the Musical'' yang menggunakan khidmat pelakon hidup dianjurkan buat julung kalinya pada 14 April hingga 6 Mei 2012 di [[Istana Budaya]].<ref>[http://www.nst.com.my/streets/central/upin-and-ipin-in-first-musical-1.54158 Upin and Ipin in first musical], New Straits Times, 2 Mac 2012. Dicapai pada 17 Mac 2012.</ref> Dalam pementasan ini, watak Upin dan Ipin dimainkan oleh dua pasangan pelakon yang berbeza, iaitu Faris Azim Abdul Karim dan Amir Johar Nadim, Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril dan Muhamad Faritz Danial Roshaimi.

==Sambutan dan pengaruh==
Siri dan francais ''Upin & Ipin'' nyata berpengaruh di rantau [[Nusantara]], khususnya di Malaysia dan Indonesia. Musim pertamanya yang diperkenalkan kepada umum sempena musim Ramadan 2007 bukan sahaja disambut hangat oleh penonton, bahkan juga mengurniakan anugerah pertamanya sebagai "Animasi Terbaik" di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan pada tahun yang sama.<ref name=kliff/>

Ketika musim keduanya disiarkan pada musim Ramadan 2008, dilaporkan sejumlah 1.5 juta penonton menonton siri animasi ini di TV9<ref>{{cite news|title= Apabila Upin dan Ipin masuk pawagam |author=Sy Mussaddad Mahdi |work=Utusan Malaysia |date=8 Februari 2009 |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_25.htm |accessdate=16 Mac 2010 }}</ref>, menjadikannya siri kartun kedua teramai penonton di televisyen Malaysia, mengekori ''[[Doraemon]]'' (1.6 juta orang), tetapi di hadapan ''[[SpongeBob SquarePants]]'' (800,000 orang).<ref name=insider/> Kelarisan jenama ''Upin & Ipin'' juga dipercayai menjadi pemangkin kepada kejayaan filem animasi CGI pertama Malaysia, ''[[Geng: Pengembaraan Bermula]]'' (2009) yang juga diterbitkan oleh Les' Copaque dan menampilkan watak Upin dan Ipin, yang mencapai hasil kutipan yang cemerlang iaitu RM 6.31 juta selama tujuh minggu di pawagam, menjadikannya antara filem tempatan yang paling lumayan dalam sejarah perfileman Malaysia.<ref name=insider/>

Ketika musim ketiga disiarkan dengan pada musim cuti sekolah akhir tahun 2009, pihak TV9 melaporkan bahawa siri ''Upin & Ipin'' mencatat 1.6 juta penonton, menjadikannya rancangan kedua teramai penonton di saluran tersebut, mengekori tak lain tak bukan filem ''Geng'' yang menikmati tayangan perdana di [[Siaran percuma|TV percuma]] dengan 2.45 juta penonton (TVR 12.8).<ref>[http://gengmovie.blogspot.com/2009/12/syabas-les-copaque.html SYABAS LES' COPAQUE] ([http://4.bp.blogspot.com/_FKVIn1vBDRs/SzLbVvYpcKI/AAAAAAAAAVo/zdC1WEGkR7c/s320/geng_tvhistory[1].jpg poster]), LCP Blog!, 24 Dis 2009. Dicapai pada 16 Mac 2010.</ref>

Nyata sekali, Indonesia menjadi pasaran eksport utama untuk francais ''Upin & Ipin''. Pada tahun 2009, pihak [[TPI]] selaku penyiarnya di republik itu melaporkan TVR sebanyak 10.5 peratus.<ref>[http://gengmovie.blogspot.com/2009/09/rating-upin-ipin-di-indonesia.html Rating Upin & Ipin di Indonesia], LCP Blog!, 2 Sep 2009. Dicapai pada 16 Mac 2010. Pihak LCP tersilap melaporkannya sebagai 10.5 juta penonton.</ref> Penangan Upin & Ipin di seberang ditandai oleh puji-pujian dari pengarang kolum akhbar di Indonesia, misalnya Fadil Abidin untuk akhbar ''[[Analisa (akhbar)|Analisa]]'' yang mengulas bahawa siri ini kaya dengan pendidikan serta unsur Islam, seperti menghormati sesama kawan yang berbeza kaum dan agama sehingga watak-wataknya bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu, Cina dan Tamil, bahkan juga orang Indonesia.<ref>{{cite news|title= Upin dan Ipin vs Acara Anak di Televisi Kita |author= Fadil Abidin |work=Analisa |date= |url=http://www.analisadaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=46365:upin-dan-ipin-vs-acara-anak-di-televisi-kita&catid=78:umum&Itemid=139 |accessdate=16 Mac 2010 |quote=sangat baik ditonton karena sarat edukasi dengan nuansa yang Islami, menghormati teman-teman lain yang berbeda suku dan agama sehingga tokoh-tokoh di dalamnya ada orang Melayu, China dan Tamil bahkan orang Indonesia.}}</ref>

Sempena sambutan perayaan [[Hindu]] [[Nyepi]] di [[Bali]] pada Mac 2010, tersiarnya gambar patung [[ogoh-ogoh]] yang dilaporkan amat menyerupai Upin & Ipin. Pembuatan ogoh-ogoh berupa Upin dan Ipin ini dilaporkan menelan belanja 4 juta [[Rupiah Indonesia|rupiah]]<ref>{{cite news|title= Upin dan Ipin Ramaikan Perayaan Nyepi |author= Arry Anggadha |work=VIVAnews |date=7 Mac 2010 |url=http://nasional.vivanews.com/news/read/134551-upin_dan_ipin_ramaikan_perayaan_nyepi |accessdate=16 Mac 2010 }}</ref> (kira-kira RM 1,500).

[[Facebook]] mengumumkan dalam hasil kajian Memology bahawa halaman ''Upin & Ipin'' merupakan halaman watak cereka yang paling popular di Facebook seluruh dunia sepanjang tahun 2011.<ref>[http://amanz.my/2011/12/halaman-facebook-upin-ipin-merupakan-salah-satu-halaman-popular-sepanjang-2011/ Halaman Facebook Upin & Ipin Merupakan Salah Satu Halaman Popular Sepanjang 2011], Amanz, 8 Disember 2011. Dicapai pada 9 Disember 2011.</ref> Pada tahun 2012, Upin & Ipin merupakan kata kunci carian yang paling kerap ditaipkan oleh pengguna [[Google]] Malaysia dalam kategori Rancangan TV menurut Google Zeitgeist.<ref>[http://www.google.com/zeitgeist/2012/#malaysia/tv-shows 2012 Search Trends Malaysia – Most Searched TV Shows]</ref>

==Anugerah==
* [[Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur]] 2007<ref name=kliff>{{cite news|title=Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07|work=Sensasi Selebriti|author=Budiey Isma|date=3 Disember 2007|url=http://www.budiey.com/keputusan-pemenang-kl-international-film-festival-kliff-07/|accessdate=8 Januari 2010}}</ref>
** Animasi Terbaik
* [[Anugerah Shout! 2009]]<ref>{{cite news |title=Shout to the top |author=Shamala Velu |work=The Star |date=21 Julai 2009 |url=http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2009/7/21/tvnradio/4355028&sec=tvnradio |accessdate=1 Mac 2010}}</ref>
** Best On-Screen Chemistry
* World Brand Congress 2010, [[India]]
** Brand Leadership Award
* [[Malaysia Book of Records]] (2011)
** Animasi Paling Berjaya<ref name=mbr>[http://gengmovie.blogspot.com/2011/01/upin-ipin-most-successful-animation-di.html Upin & Ipin "The Most Successful Animation" di Malaysia Book of Records], LCP Production Blog, 13 Januari 2011. Dicapai pada 15 Januari 2011.</ref>

==Lihat juga==
*[[Geng: Pengembaraan Bermula]]

==Sumber==
{{reflist|colwidth=30em}}

==Pautan luar==
*[http://www.upindanipin.com.my/ Laman rasmi ''Upin & Ipin'']
*[http://ms.upinipin.wikia.com Wiki ''Upin & Ipin''] di [[Wikia]]
*{{YouTube channel|lescopaque|Les Copaque}}
*{{MySpace|upinipin|Upin & Ipin}}
*[http://profiles.friendster.com/upinipin Upin & Ipin] di [[Friendster]]
*[http://www.facebook.com/group.php?gid=29930871231 Upin & Ipin] di [[Facebook]]
*[http://www.bluehyppo.com/kidztv/index.asp BlueHyppo Kidz TV]

{{Upin & Ipin|State=expanded}}
{{Templat:Animasi Malaysia}}
[[Kategori:Upin & Ipin| ]]
[[Kategori:Rancangan TV9]]
[[Kategori:Animasi Malaysia]]