Abdullah Ahmad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q4665915
Rotlink (bincang | sumb.)
k gcache removed this entry
Baris 51:
 
===Tahanan ISA===
Abdullah Ahmad pernah merengkok di [[Kem Tahanan Kamunting|penjara]] selama lima tahun di bawah [[ISA]] (Julai 1976- 22 Julai 1981) di zaman pentadbiran Tun [[Hussein Onn]] kerana dipercayai terbabit dengan anasir subversif - [[komunis]]. Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri [[Ghazali Shafie]]. Beliau ditahan di bawah ISA bersama [[Kassim Ahmad]] (7 tahun), [[Syed Husin Ali]] (7 tahun) dan [[Abdullah Majid]] (4 tahun) dan Tan Sri [[Abdul Samad Ismail]] . Ketika itu terdapat 900 tahanan ISA yang terbabit dengan komunis. Beberapa pemimpin [[UMNO]] cuba menyelamatkan beliau dari ditahan di bawah ISA seperti Dr [[Mahathir Mohamad]] , [[Ghafar Baba]],[[Musa Hitam]],[[Abdul Rahman Ya'kub]] dan [[Syed Nasir Syed Ismail]] .<ref>[http://72web.14archive.235.104org/web/20101204102735/search?q=cache:0PE1Hm6LEC0J:www.agendadaily.com/tips/content.jsp%3Fid%3Dcom?id=com.tms.cms.article.Article_585c015f-3132372e-fe30af00-34ccf539+abdullah+ahmad+kok+lanas+arab+saudi&hl=en&ct=clnk&cd=3&gl=my Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah]</ref> Pada Februari 1977 sepatutnya Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid mengadakan sesi pengakuan di televisyen berhubung pembabitan mereka dengan komunis.<ref>[http://books.google.com.my/books?id=HNEGTjlwMpEC&pg=PA101&lpg=PA101&dq=abdullah+ahmad+ghazali+shafie&source=web&ots=mi0YDbcvS3&sig=zMjnDNHO0yp32q4sIiceyX-Xnu4&hl=en&sa=X&oi=book_result&resnum=1&ct=result#PPA102,M1 ]</ref>
 
Ramai yang dibebaskan ketika Dr [[Mahathir Mohamad]] mula dilantik menjadi [[Perdana Menteri Malaysia]] ke-5 pada Julai 1981. <ref>[http://www.mir.com.my/lb/un/98html/14june98a.htm Writing a Memoir is a painful pleasure]</ref> Selepas dibebaskan dari tahanan politik, beliau menulis artikel dan buku termasuk yang 'menghentam balas' terhadap [[Ghazali Shafie]]. Ghazali Shafie atau 'King Ghaz' atau 'Ghulam' cukup tegas terhadap komunis dan berusaha menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ghazali Shafie dari golongan tua sementara DKL dari golongan muda.