Keterlarutan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Keterlarutan''' (Inggeris: ''solubility'') ialah sifat boleh larut<ref>[http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=keterlarutan Pusat Rujuk...'
 
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
Selalunya, pelarut terdapat dalam bentuk cecair yang boleh jadi bahan tulen atau [[campuran]]. Terdapat juga [[larutan pepejal]] tetapi larutan dalam gas jarang didapati (sebaliknya, lihat [[keseimbangan wap-cecair]]).
 
Darjah keterlarutan menjangkau daripada "boleh larut secara tidak terhingga" (tanpa had) ([[tercampur]] sepenuhnya) seperti [[etanol]] dalam [[air]], hingga ke "tidak terlarut dengan baik" seperti [[perak klorida]] dalam air. Istilah ''tidak boleh larut'' biasanya digunakan untuk menjelaskan sebatian-sebatian yang tidak terlarut dengan baik atau sangat tidak terlarut.
 
Dalam sesetengah keadaan, [[keterlarutan keseimbangan]] boleh diatasi untuk menghasilkan larutan [[Penepuan lampau|tepu tampau]] yang bersifat [[metastabil]].
 
Jangan dikelirukan keterlarutan dengan kemampuan melarut atau mencecairkan bahan, kerana sesuatu larutan mungkin terbentuk bukan sahaja kerana pelarutan tetapi juga kerana tindak balas kimia. [[Zink]], misalnya, tidak boleh larut dalam asid hidroklorik, tetapi ia tetap terlarut dalam asid tersebut kerana tindak balas kimia yang menukarkan zink dan asid hidroklorik kepada gas hidrogen dan zink klorida yang boleh larut dalam asid hidroklorik.
 
==Takrifan IUPAC==
Menurut istilah [[IUPAC]], keterlarutan ialah komposisi analitik larutan tepu yang dinyatakan sebagai perkadaran zat terlarut tertentu di dalam pelarut tertentu. Keterlarutan boleh juga dinyatakan dalam unit penumpuan, kemolalan, pecahan mol, nisbah mol dan unit-unit lain.
 
==Pandangan dari segi molekul==
Keterlarutan berlaku dalam keseimbangan dinamik. Maksudnya, keterlarutan terhasil daripada proses [[pensolvatan|pelarutan]] dan penggabungan fasa yang serentak dan bertentangan (seperti [[pemendakan (kimia)|pemendakan]] [[pepejal]]). Keseimbangan keterlarutan berlaku apabila kedua-dua proses berlangsung pada kadar yang malar.
 
Istilah ''keterlarutan'' juga digunakan dalam beberapa bidang di mana zat terlarut diubah oleh [[solvolisis]]. Contohnya, banyak logam dan oksidanya dikatakan "boleh larut dalam asid hidroklrik", sedangkan asid akua ini hanya mendegradasikan pepejal itu dan menghasilkan produk boleh larut dalam proses tak berbalik. Kebanyakan pepejal ion juga didegradasi oleh pelarut berkutub, tetapi proses ini boleh berbalik. Dalam keadaan di mana zat terlarut tidak dapat dikembalikan dengan pengewapan pelarut, proses tersebut dinamakan solvosis. Konsep termodinamik keterlarutan tidak boleh digunakan secara terus kepada solvosis.
 
Apabila satu zat terlarut melarut, ia boleh membentuk beberapa spesis berbeza dalam larutan itu. Misalnya, [[ampaian akua]] [[ferus hidroksida]], Fe(OH)<sub>2</sub>, boleh mengandungi siri {{nowrap|[Fe(H<sub>2</sub>O)<sub>6 - ''x''</sub>(OH)<sub>''x''</sub>]<sup>(2 - ''x'')+</sup>}} dan juga spesis [[oligomer]] lain. Tambahan lagi, keterlarutan ferus hidroksida dan komposisi komponen-komponen boleh larutnya bergantung kepada [[pH]]. Secara amnya, keterlarutan dalam fasa pelarut boleh diberikan hanya bagi zat terlarut tertentu yang stabil secara termodinamik, dan nilai keterlarutan akan mengambil kira semua spesis dalam larutan (dalam contoh di atas, semua kompleks yang mengandungi besi).
 
==Rujukan==