Bengkulu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 40 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1890
SarahStierch (bincang | sumb.)
→‎Sejarah: citation added
Baris 38:
[[Syarikat Hindia Timur Inggeris]] mengasaskan sebuah pusat perdagangan [[lada hitam]] dan [[garison]] yang dapat bertahan lama di Bengkulu (Bencoolen) pada tahun [[1685]]. Pada tahun [[1714]], mereka membina "Kubu Marlborough" di kota itu, dengan kubu itu kini masih wujud. Bagaimanapun, pusat perdagangan tersebut tidak pernah mendatangkan sebarang untung kepada pihak British, dengan kawasan itu didapati tidak selesa kepada orang [[Eropah]]. Lebih penting lagi, mereka tidak berupaya mendapat lada hitam yang mencukupi untuk membeli.
 
Walaupun kesukaran tersebut, pihak British masih gigih berusaha dan mengekalkan kehadiran di sana selama 150 tahun sebelum menyerahkannya kepada [[Hindia Belanda|Belanda]] sebagai sebahagian [[Perjanjian Inggeris-Belanda 1824]] untuk menumpukan perhatian kepada [[Melaka]].<ref name=Roberts1>{{cite book|last=Roberts|first=Edmund|title=Embassy to the Eastern Courts of Cochin-China, Siam, and Muscat|year=1837|publisher=Harper & Brothers|location=New York|page=34|url=http://www.wdl.org/en/item/7317/view/1/34/}}</ref> Seperti dengan bahagian-bahagian Indonesia yang lain, Bengkulu merupakan sebuah [[tanah jajahan]] Belanda sehingga selepas [[Perang Dunia II]].
 
Semasa pemenjaraan [[Sukarno]] oleh pihak Belanda pada awal dekad [[1930-an]], bakal presiden Indonesia yang pertama itu tinggal di Bengkulu buat tempoh yang singkat. Di sini, beliau bertemu dengan bakal isterinya, [[Fatmawati]], dengan pasangan itu dikurniakan banyak cahaya mata. Yang termasyhur antara anak-anak mereka ialah [[Megawati Sukarnoputri]], Presiden Indonesia wanita yang pertama.