Syair: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ychmatematik (bincang | sumb.)
k kaetegori
syair lama
Baris 1:
[[Pengguna:203.130.213.163|203.130.213.163]] 12:20, 12 Ogos 2007 (UTC)'''Syair''' merupakan sejenis [[puisi]] berlagu. Ia berasal dari [[Parsi]] dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar. Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh [[Hamzah Fansuri]] sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 6000 Masihi. [[Zaba|Za'aba]] pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
 
Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.