Pelayan nama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
Kurniasan (bincang | sumb.)
Baris 6:
Internet menyelenggara dua [[ruang nama]] utama: hirarki nama domain<ref name="rfc1034">RFC 1034, ''Domain Names&nbsp;— Concepts and Facilities'', P. Mockapetris, The Internet Society (November 1987)</ref> dan sistem alamat IP.<ref name="rfc1035">RFC 1035, ''Domain Names&nbsp;— Implementation and Specification'', P. Mockapetris, The Internet Society (November 1987)</ref> Sistem Nama Domain menyelenggara ruang nama domain dan menyediakan khidmat terjemahan antara dua ruang nama tadi. Pelayan-pelayan nama Internet melaksanakan Sistem Nama Domain. Hirarki teratas bagi Sistem Nama Domain disediakan oleh [[pelayan nama akar]] yang diselenggara mengikut perwakilan oleh [[ICANN]]. Di bawah akar, sumber-sumber Internet disusun kepada hirarki domain, masing-masing ditadbir oleh pendaftar dan pemiliknya. Pelayan nama DNS ialah pelayan yang menyimpan [[Rekod DNS|rekod-rekod DNS]], seperti rekod alamat (A, AAAA), rekod pelayan nama (NS), dan rekod pertukaran mel (MX) untuk sesebuah nama domain (lihat juga [[Senarai jenis rekod DNS]]) dan memberi jawapan kepada pertanyaan keatas pangkalan datanya.
 
===Pelayan nama sahih===
Pelayan nama sahih adalah pelayan nama yang memberikan [[Pelayan nama#Jawapan_sahih|jawapan]] sebagai maklum balas kepada soalan berkenaan nama-nama dalam sesuatu [[Zon DNS|zon]].
 
===Jawapan sahih===
Pelayan nama menandakan bahawa maklum balasnya adalah sahih dengan menetapkan bit ''Authoritative Answer'' (AA) dalam maklum balas kepada pertanyaan pada nama di bawah kuasanya. Pelayan nama yang memberikan jawapan untuk yang bukan di bawah kuasanya (sebagi contoh, pelayan nama untuk zon-zon induk), tidak menetapkan bit ''AA''.
==Rangkaian Microsoft==
Pelayan nama juga wujud pada sesetengah rangkaian [[Microsoft Windows]] di mana salah satu hos mengambil peranan sebagai tuan semak imbas NetBIOS dan bertindak sebagai pelayan [[NetBIOS menerusi TCP/IP#Perkhidmatan_nama|NBNS]]. [[Rangkaian kawasan setempat]] kecil bagi sistem-sistem Windows tidak memerlukan sebarang pelayan nama pusat, dan secara am melakukan peleraian nama menggunakan algoritma [[Penyiaran (rangkaian)|penyiaran]].