Perbezaan antara semakan "Autobiografi"

79 bait ditambah ,  7 tahun lalu
k
kemas
(Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Autobiografi''' (daripada Bahasa Yunani: αὐτός-''autos'' diri + βίος-''bios'' kehidupan + γράφειν-''graphein'' menulis) ialah sebua...')
 
k (kemas)
[[File:Baburnama.jpg|thumb|right|Lukisan daripada ''[[Baburnama]]'', autobiografi [[Babur]], pengasas [[Empayar Mughal]].]]
'''Autobiografi''' (daripada [[Bahasa Yunani]]: αὐτός-''autos'' diri + βίος-''bios'' kehidupan + γράφειν-''graphein'' menulis) ialah sebuah penulisan tentang kehidupan seseorang yang ditulis pengisah akuan sendiri.
 
Perkataan ''autobiography'' (autobiografi) pertama kalinya digunakan dalam bahasa Inggeris (sebagai cemuhan) oleh sarjan bernama William Taylor pada tahun 1797 dalam sebuah [[terbitan berkala]], ''Monthly Review'' di London. Taylor menyarankan perkataan itu sebagai sebuah kata gembleng tetapi mencemuhnya sabagai "memandai"; akan tetapi penggunaannya dalam maksudnya sekarang dicatatkan oleh [[Robert Southey]] pada tahun 1809.<ref>[[Oxford English Dictionary]], ''Autobiography''</ref> Walau bagaimanapun, bentuk autobiografi bermula pada zaman kuno. Penulis-penulis biografi lazimnya bergantung pada pelbagai jenis dokumen dan pandangan; sesebuah biografi pula tidak begitu dan dapat dilandaskan atas ingatan penulisnya semat-mata. Berkait rapat dengan autobiografi (dan kadangkala sukar dibezakan daripadanya) ialah bentuk penulisan [[memoir]].
 
=== Autobiografi awal ===
 
[[File:Baburnama.jpg|thumb|right|Lukisan daripada ''[[Baburnama]]''.]]
 
Karya autobiografi pertama ditulis pada lewat abad ke-11 oleh [[Abdallah bin Buluggin]], raja Ziryun terakhir [[Taifa]] Granada.
 
 
Satu daripada autobiografi agung [[Zaman Pertengahan]] dikaryakan [[Benvenuto Cellini]], seornga tukang emas dan pengarca. Autobiografi ini ditulis antara tahun 1556 dan 1558, dan diberikan judul ringkas, ''Vita'' ([[Bahasa Itali]]: ''Kehidupan'') oleh penulisnya. Cellini berkata pada permulaan karya: "Tidak kira apa jenis orangnya, setiap orang memiliki apa yang sebenarnya ataupun dilihat sebagai pencapaian besar; sekiranya dia mementingkan kebenaran dan kebaikan, dia seharusnya menulis cerita kehidupannya sendiri; akan tetapi tidak sesiapapun harus membuat tugas terpuji ini sehinggalah dia mencapai usia empat puluh tahun"<ref>Benvenuto Cellini, tr. George Bull, ''The Autobiography'', London 1966 p.&nbsp;15.</ref> Kriteria autobiografi ini kekal sehingga kebelakangan ini dan dipatuhi penulis autobiografi serius selama 300 tahun berikutnya.
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
{{tunas}}