Salib Besi Kesataria: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Knight Cross of the Iron Cross''' ([[Bahasa Melayu]]: ''Salib Besi Kesatria'' dan [[Bahasa Jerman]]: ''Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes''), atau hanya disebut Knight Cross (''Salib Kesatria/Ritterkreuz'') merupakan satu darjah [[Iron Cross]] (''Salib Besi/Eisernes Kreuz'') versi tahun 1939. Knight Cross adalah anugerah tertinggi [[Jerman Nazi]] bagi mengiktiraf keberanian luar biasa tentera atau telah memimpin sesuatu pertempuran dengan cemerlang dan penuh gagah berani semasa [[Perang Dunia Kedua]]. Dalam susunan darjah kebesaran tentera [[Reich Ketiga]], ia hanya berada ditempat kedua dibelakang [[Grand Cross of the Iron Cross]] (''Salib Besi Darjah Utama/Grosskreuz des Eisernen Kreuzes''), satu anugerah yang hanya dikurniakan sekali, kepada [[Hermann Goering]] iaitu orang kanan [[Adolf Hitler]]. Goring telah diberi anugerah ini sebagai mengiktiraf jasa bakti beliau dalam membina [[Luftwaffe]] (Tentera Udara), dan bagi khidmatnya sebagai panglima tentera udara Jerman. Oleh itu Knight Cross berfungsi sebagai darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana askar Jerman pelbagai pangkat.
 
Darjah Salib Besi Kesatria hanya dipakai (gantung) di leher dan ia besar sedikit dari Salib Besi tahun 1813 tetapi masih mempunyai rupa bentuk yang sama. Ia sah berdasarkan tarikh pembaharuan 1 September 1939. Darjah itu boleh dikurniakan kepada askar Jerman yang pelbagaidisemua pangkat dan kepada sekutu-sekutu Reich Ketiga. Penyampaian pertamanya telah dilakukan pada 30 September 1939, susulan dari penyerbuan[[Penyerbuan Poland]] oleh Jerman, yang menandakan bermulanya Perang Dunia II di Eropah. Ketika perang berlangsung, beberapa orang penerima terus lagi menunjukan kecemerlangan mereka, dan satu darjah yang lebih tinggi, Daun Oak bagi Salib Besi Kesatria (''Oak Leaves to the Knight Cross of the Iron Cross/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub''), telah dizahirkan pada tahun 1940.