Perbezaan antara semakan "Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern"

 
== Sejarah ==
Darjah Kerabat Hohenzollern telah dizahirkan pada 5 Disember 1841 oleh dekri bersama Putera Konstantin [[Hohenzollern-Hechingen]] dan Putera Karl Anton [[Hohenzollern-Sigmaringen]]. Kedua-dua kerajaan kecil di selatan Jerman ini merupakan keturunan sesisi Kerabat Katolik Hohenzollern, sepupu sepapat kepada kerabat Protestan [[Prusia]]. Pada 23 Ogos 1851, selepas dua kerajaan kecil ini telah diilhak oleh Prusia, darjah tersebut telah diguna pakai oleh cabang kerabat Prusia. Darjah ini juga berkait rapat dengan kerabat diraja Romania kerana anak Putera Karl Anton iaitu Karl Eitel Friedrich telah menjadi Raja Romania dengan gelaran [[Carol I]], kemudian disambung oleh anak buahnya [[Ferdinand I]], cucu saudaranya [[Carol II]] dan yang terakhir cicit saudaranya [[Michael I]].
 
== Darjah Kerabat Diraja ==
Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern terdiri daripada beberapa kelas:
* Komander Utama (Grand Commander)
* Komander (Commander)
* Kesatria (Knight)
* Ahli (Member)
Semasa [[Perang Dunia I]], Salib Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang telah menjadi anugerah pertengahan diantara [[Iron Cross]] Kelas 1 dan [[Pour le Merite]] bagi para pegawai rendah Prusia. Apabila dikurniakan dengan pedang, ia telah dipakai pada riben Iron Cross.
 
== Penerima-penerima terkenal ==
Terdapat lebih 8,000 anugerah Salib Kesatria Darjah Kerabat Hohenzollern berserta Pedang semasa Perang Dunia I.
12,040

suntingan