Thích Quảng Đức: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 31 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q271847
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
 
Sami Thich Quang Duc membakar diri beliau di atas jalan di bandar [[Saigon]] pada 11 Jun1963. Pada hari tersebut beliau dan 350 sami [[Buddha]] yang lain berarak beramai-ramai . Setibanya di persimpangan jalan berhampiran Istana Presiden, Sami Thich Quang Duc keluar dari kereta yang dinaikinya. Seorang sami lain meletakkan bantal diatas jalan dan Sami Thich Quang Duc duduk diatasnya. Kemudian seorang lagi sami menuangkan 5 galon minyak ke atas tubuh Thich Quang Duc. Beliau membaca mantra memuji Buddha sebelum menyalakan [[mancis]] dan membakar dirinya.
[[Image:Thích Quảng Đức self-immolation.jpg|300px|left|thumb|Gambar wartawan Malcolm Browne mengenai Quang Duc semasa pembakaran dirinya; gambar yang sama memenangi Gambar Akhbar Sedunia 1963.]]<ref>{{harvnb|Browne|1963}}</ref>]]
 
Thich Quang Duc terbakar dengan marak tetapi menurut saksi yang hadir beliau langsung tidak bergerak dari posisi meditasi lotus beliau maupun mengeluarkan bunyi. Semasa beliau terbakar pihak polis cuba memadamkan api tetapi sami-sami yang berarak berjaya menghalang mereka. Apabila api semakin marak orang ramai dan juga beberapa orang polis mula menyembah Thich Quang Duc yang sudah hangus terbakar. Selepas 10 minit api terpadam dengan sendirinya dan mayat Thich Quang Duc dibawa ke sebuah kuil oleh sami-sami yang lain untuk dibakar dengan sempurna.