Florence Nightingale: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 506820 oleh 60.48.223.61 (Perbincangan)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
 
Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan [[tifus]], [[demam kepialu]], [[penyakit Taun]] dan [[disenteri]], dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (''sanitasi'') yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.
 
Di Barat, Florence Nightingale ditonjolkan sebagai orang yang pertama memberi penekanan kepada kebersihan di hospital, sedangkan konsep yang sama telah lama diamalkan di negara Islam. Sebagai contoh, pakar perubatan [[Al-Razi]] telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam pemilihan tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Ini membuktikan bahawa konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.
 
Berbanding dengan hospital yang didirikan semasa pemerintahan Islam sekitar 705-715 AD, hospital barat di zaman Florence Nightingale adalah kotor dan terbiar. Ini menyebabkan ramai pesakit yang menemui ajal akibat jangkitan. Hospital tempat Florence Nightingale bekerja contohnya, walaupun telah dibersihkan, ia tiada sistem pengudaraan dan dibina di atas pembetung yang rosak.