Lencana Cedera: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Lencana Cedera''' (Bahasa Jerman: ''Verwundetenabzeichen'', atau Wound Badge) ialah satu anugerah ketenteraan Jerman (dalam Perang Dunia I dan Perang...'
 
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Lencana Cedera''' ([[Bahasa Jerman]]: ''Verwundetenabzeichen'', atau Wound Badge) ialah satu anugerah ketenteraan Jerman (dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II) bagi askar yang tercedera atau terkena reput fros. Ia boleh diberi kepada semua cabang tentera termasuk [[SS]] dan perkhidmatan bantuan lain semasa [[Perang Dunia Kedua]]. Selepas Mac 1943, akibat dari peningkatan pengeboman pihak Bersekutu, ia juga boleh dikurniakan kepada orang awam yang tercedera. Pada dasarnya ia merupakan salah satu pingat kebesaran [[Reich Ketiga]] yang paling dikenali umum dan juga salah satu yang paling berharga, kerana ia terpaksa "dibeli dengan darah".
 
== Kelas-kelas ==
[[Image:VWA Schwarz WK1.jpg|thumb|right|upright=.5|versi hitam 1918]]
[[File:Нагрудный знак за ранение-Чёрный (1939).svg|thumb|right|upright=.5|versi hitam 1939]]
 
Lencana ini terdapat tiga kelas: warna hitam (kelas 3, melambangkan Besi), bagi mereka yang tercedera sekali atau dua kali oleh serangan musuh (termasuk serangan udara), atau mengalami reput fros semasa bertugas; warna perak (kelas 2) bagi mereka yang tercedera tiga atau empat kali, atau mengalami kehilangan tangan, kaki atau mata daripada serangan musuh (juga kehilangan pendengaran sebelah), kecacatan muka atau kerosakan otak akibat serangan musuh; dan warna emas (kelas 1, yang boleh dianugerahi secara anumerta) bagi mereka yang tercedera lima kali atau lebih, buta kedua mata, "hilang kelelakian", atau kerosakan otak yang teruk akibat serangan musuh. Lencana ini diperbuat dari besi, tembaga dan zink yang dicetak, dan juga beberapa logam murah yang dibuat secara persendirian. Mereka yang dari Perang Dunia I juga membuat paten dari gambar guntingan.
 
Kesemua versi Lencana Cedera hendaklah dipakai dibawah dada sebelah kiri uniform atau tunik. Lencana ini mesti dipakai sebelah kiri dibawah kesemua pingat yang lain. Di anggarkan lebih kurang 5 juta lencana telah dikurniakan semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1957, satu versi Lencana Cedera yang diubah telah dibenarkan untuk dipakai; bagaimanapun, jenis yang lama masih boleh dipakai jika lambang swastika dibuang (diasah).
 
Versi Perang Dunia II yang tidak berubah ditunjukkan pada ilustrasi sebelah kanan.
 
Lencana Cedera pada awalnya telah dibuat oleh kilang syiling Vienna dan oleh firma Klein & Quenzer. Pada mulanya, Lencana Cedera warna Hitam telah di cap dari kepingan tembaga, di cat separa hitam pusam dan mempunyai belakang kosong dengan penyambung jarum pin. Dari tahun 1942, besi telah digunakan untuk membuat lencana, yang menjadikan ia terdedah pada karat.