Versi Perang Dunia II yang tidak berubah ditunjukkan pada ilustrasi sebelah kanan.
Lencana Cedera pada awalnya telah dibuat oleh kilang syiling Vienna dan oleh firma Klein & Quenzer. Pada mulanya, Lencana Cedera warna Hitam telah di cap dari kepingan tembaga, di cat separa hitam pusam dan mempunyai belakang kosong dengan penyambung jarumpengancing pin jarum. Dari tahun 1942, besi telah digunakan untuk membuat lencana, yang menjadikan ia terdedah pada karat. Lencana Cedera warna Perak telah dibuat (sebelum tahun 1942) daripada tembaga bersalut perak dan (selepas tahun 1942) daripada zink yang di lakuer, dan mempunyai belakang padupenuh samada dengan jarumpengancing pin jarum atau tiang pin barlebar yang tipis. Lencana Cedera warna Emas adalah versi Lencana Cedera warna Perak yang disadur emas. Lencana Cedera telah dibuat oleh beberapa pengilang dan komen diatas menyatakan bahawa kilang syiling Vienna dan Klein & Quenzer merupakan pengilang utama adalah mengelirukan dan tidak benar.