James Wong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q6145761
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
Baris 29:
James memulakan karier bola sepaknya bersama Sabah FA. Dia merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dilahirkan pasukan negeri dibawah bayu itu selain [[Hassan Sani]]. Kelincahannya beraksi dalam kancah Liga Malaysia mendatangkan gerun kepada pasukan lawan. Tambahan pula keserasiannya bersama [[Hassan Sani]] yang juga penyerang kebangsaan menghasilkan banyak kejayaan hinggakan gandingan Hassan-James dikenal sebagai penyerang kembar yang disegani ketika itu selepas era [[Mokhtar Dahari]] dan Isa Bakar.
 
Pada tahun 1979, James membantu Sabah untuk menjadi naib juara Liga Malaysia 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Malaysia ketika itu dengan 49 gol.<ref>[http://web.archive.org/20010527182449/www.geocities.com/TheTropics/3714/soccer.html 1979 - that golden year]</ref>
 
James juga pernah mewakili Malaysia dalam peringkat antarabangsa seperti kejohanan Pesta Bola Merdeka, Piala Presiden di Korea Selatan, Sukan Asia 1974 dan Sukan SEA. Pada kelayakan Sukan Olimpik 1980, James menjaringkan gol kemenangan Malaysia untuk mengatasi Korea Selatan 2-1 sekaligus membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980. Namun, hasratnya beraksi di Sukan Olimpik tidak kesampaian gara-gara tindakan kerajaan Malaysia yang membantah tindakan Soviet Union menceroboh Afghanistan.<ref>[http://wohoonet.blog.com/890017/ Memperkasakan Bola Sepak Negara]</ref>