Lencana Cedera: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 29:
Hitler menyampaikan lencana cedera khas ini kepada mereka yang terselamat berserta dengan dokumen unik dalam satu majlis pada 2 September 1944. Walaupun Hitler turut mengalami kecederaan, beliau sendiri tidak mahu menerima sebarang dari lencana tersebut. Hitler sudah memiliki Lencana Cedera warna Hitamnya sendiri pada Perang Dunia I. Beliau mengurniakan diri sendiri [[Lencana Emas Parti]] nombor 1, tetapi ia hanyalah satu lencana politik bukannya pingat tentera. Empat anugerah secara anumerta telah dihantar kepada waris terdekat masing-masing. Pingat-pingat ini kesemuanya disadur dengan emas termasuk latarbelakangnya sekali.
 
Lencana 20 Julai ini telah menggantikan Lencana Cedera 1939. Perlu diambil perhatian bahawa lencana ini merupakan pemberian peribadi Hitler kepada mereka yang terlibat dan bertujuan untuk menjadi cenderamata yang berharga bagi satu detik peristiwa bersejarah dan oleh itu ia tidak wajib untuk dipakai. Sebagai contoh Fil Marsyal [[Wilhelm Keitel]] dan Kolonel Jeneral [[Alfred Jodl]] telah memakai lencana cedera 20 Julai pada uniform mereka, tetapi penerima lain lebih suka memakai lencana cedera mereka yang biasa. Penerima-penerima lencana cedera 20 Julai boleh dinaik taraf jika mereka menerima lencana cedera yang lebih tinggi. Laksamana Muda [[Hans-Erich Voss]] pada akhirnya memiliki ketiga-tiga kelas Lencana Cedera 20 Julai dalam ketiga-tiga kelas, memperolehi lencana hitam pada 20 Julai dan menaik taraf dua kali selepas terlibat dalam pertempuran berikutnya.
 
== Lihat juga ==