Tayamum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Graphium (bincang | sumb.)
Revert to revision 2623723 dated 2013-01-17 15:43:31 by 175.138.6.33 using popups
bddsdszsz
Baris 1:
{{Fiqh-Kebersihan}}
 
'''Tayammum''' ialah menyapu debu kemuka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. Tayammum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi. '''Tayammum''' di segi'' [[syarak]] ''adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai penggantipenggant''i [[wuduk]] atau [[Mandi wajib|mandi wajib]]'' (mandi junub).
 
Dengan tayammum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat-sunat.
Baris 7:
==Dalil==
 
Tayammum disyariatkan berdasarkan Al Quran dan sunah. Allah SWT berfirman, "[43] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri'' [[solat|sembahyang]] (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan [[mabuk]], hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri [[masjid]]) sedang kamu dalam keadaan [[Junub]] ([[berhadas besar]]) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu [[mandi wajib|mandi bersuci]] dan jika kamu sakit atau sedang dalam [[musafir]] atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun." (An-Nisa: 43).''
 
"[6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (Al-Maaidah: 6)
Baris 50:
# Setiap yang membatalkan wuduk
# Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit
# [[''Murtad]]''
 
==Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum==
===Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan===
 
Ada ketikanya bila TayammumTayamm''um dan [[wuduk]] boleh digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan seseorang daripada hadas kecil. Umpamanya, seorang [[Muslim]] itu mengalami mudarat (seperti tangan disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka yang tidak boleh terkena [[air]], dan sekiranya terkena air boleh menambahkan lagi mudarat, orang tersebut dibolehkan menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa. BahagianBahagia''n wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh dibersihkan dengan cara tayammum sahaja.
 
Sekiranya bahagian kaki tidak boleh terkena air, wuduk bahagian itu juga digantikan dengan tayammum (di muka dan dua tangan).
Baris 61:
===Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air===
 
Apabila seseorang itu memulakan solatnya setelah bertayammum dan di pertengahan dia mengerjakan solatnya, tiba-tiba bekalan ataupun sumber air kembali pulih, dia boleh meneruskan dan menghabiskan solatnya tanpa memberhentikan solatnya. [[Solat]] itu sah dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut.
Sekiranya seseorang itu menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana ketiadaan air, dan selepas itu meneruskan perjalanannya dan kemudiannya berjumpa air, [[solat]] yang ditunaikannya tadi dengan bertayammum tidak perlu diulangi lagi. Hal ini berdasarkan hadis dari Abu Sa'id Al-Khudri dia berkata, Ada dua orang laki-laki keluar dalam suatu safar (perjalanan). Kemudian tiba waktu solat sedang tidak ada air bersama keduanya. Lalu keduanya bertayammum dengan tanah yang suci sekaligus solat. Tak lama kemudian, keduanya menjumpai air, maka seorang mengulangi wuduk dan solatnya, sedangkan seorang lainnya tidak mengulangi. Keduanya kemudian datang kepada Rasulullah S.A.W. serta menceritakan halnya, lantas sabda Nabi kepada yang tidak mengulangi solat, "Engkau telah mengikut sunnah dan solat sudah cukup." Sedangkan sabda beliau kepada yang mengulangi solat, "Engkau
mendapatkan dua pahala."