Ahmad Busu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25:
Karekter Mat Deris yang dibawanya dalam siri ''PMPMTT'' begitu melekat di hati peminat sepanjang dekad 1990an. Beliau pernah 5 kali dicalonkan di [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian]] untuk kategori [[Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH)]] iaitu pada 1993, 1994, 1995, 1996/97 dan 1998/99. Sering digandingkan dengan pelawak [[Imuda]], mereka berdua adalah gandingan pelawak yang cukup serasi pada era itu.
 
Beliau juga pernah melibatkan diri dalam aktiviti merakamkan lagu-lagu komedi antaranya ''Kisah Seorang Bujang'' yang menampilkan rakan pelawak [[Sabri Yunus]]. Di dalam budaya pop Malaysia sendiri Ahmad Busu adalah individu yang mempopularkan frasa "Mengancam!" yang cukup popular di era 1990an hingga kini bagi menggambarkan kecantikan dan keseksian wanita. Frasa itu sering digunakan dalam sitkom ''PMPMTT''. <ref>[http://syokkahwin.com/blog/2009/09/15/pelakon-ahmad-busu-kena-strok/ Pelakon Ahmad Busu Kena Strok]</ref>. Dia juga popular menerusi tagline "Salaaaaammm....This is my card" dalam siri komedi ''2+1''. Selepas era 90an, beliau beralih dari lakonan sitkom di kaca TV ke layar perak dan membintangi beberapa drama seiring dengan perubahan usianya.
 
===Album studio===
Baris 57:
 
==Persaraan==
Namun kini, di dalam usia senja Ahmad Busu semakin hilang taringnya. Apatah lagi dia kini menderita pelbagai penyakit seperti diabetes, membuatkan dia lebih selesa menghabiskan kebanyakan masa senggangnya di rumah bersama keluarga di Taman Sri Andalas, Kelang. <ref>[http://sm.insanmultimedia.net/index.php?mod=newspaper&id=2893]</ref>
 
==Pencapaian==