Ketua Audit Negara Malaysia: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Tugas dan peranan Ketua Audit Negara |
||
Baris 3:
Ketua Audit Negara mengemukakan sebuah laporan tahunan yang memerinci pengurusan wang setiap kementerian. Ketua Audit Negara Malaysia adalah Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin bin Buang.
Mengikut Artikel 105, Perlembagaan Persekutuan, Ketua Audit Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketua Audit Negara tidak tertakluk kepada kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jawatan Ketua Audit Negara boleh dipilih semula jika meletak jawatan sebelumnya. Namun begitu, beliau tidak dibenarkan memegang jawatan lain pada masa yang sama di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Ketua Audit Negara juga menjamin kebebasannya melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan atur cara pelatikan, saraan, dan keselamatan tempoh jawatan.
Di bawah Akta Audit, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam melaksanakan tugasnya. Ketua Audit Negara mendapat pesaraan daripada '''Kumpulan Wang yang Disatukan''' dan mengikut peruntukan yang disediakan oleh Parlimen.
'''Peranan Ketua Audit Negara'''
1. Mengaudit dan mengesahkan penyata kewangan da melaporkan hasil pemeriksaannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sultan-sultan atau Yang di-Pertuan Negeri yang akan memperkenankan laporan tersebut dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
2. Semasa menjalankan tugas, Ketua Audit Negara bebas daripada pengaruh badan eksekutif.
3. Menjalankan tugas pengauditan secara professional dan bebas serta mengemukan laporan yang adil dan seimbang kepada Parlimen dan Dewan Perundangan bagi menjamin akauntabiliti pengurusan awam.
4. Mengaudit dan melapor terus kepada badan perundangan.
5. Ketua Audit Negara berkuasa secukupnya untuk mendapatkan keterangan dan menyemak semua rekod termasuk dokumen terperingkat untuk beliau menjalankan tugas.
6. Ketua Audit Negara mempunyai kuasa untuk melihat semua dokumen, wang tunai, rekod, baucer, setem, saham-saham, harta-harta dan barang-barang stor yang tertakluk kepada auditannya tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.
7. Ketua Audit Negara mempunyai kuasa memanggil mana-mana individu untuk mengemukakan apa-apa keterangan atau maklumat berkaitan perakaunan.
8. Ketua Audit Negara memainkan peranan secara kolektif dengan menurunkan kuasa kepada individu yang berkebolehan untuk membuat pengauditan dan mendapatkan padangan dariada pegawai tentang perkara perundangan.
==Lihat juga ==
|