Ratu Victoria: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 108:
 
Puteri Victoria bertemu dengan bakal suaminya, [[Putera Albert dari Saxe-Coburg dan Gotha]] ketika beliau berumur enam belas tahun. Putera Albert ialah [[sepupu]] Victoria; ayah Putera Albert ialah adik kepada ibu Puteri Victoria. Raja William IV tidak bersetuju dengan perkahwinan ini tetapi bantahan baginda gagal untuk memujuk pasangan itu. Victoria terpaksa melamar Putera Albert kerana seorang lelaki yang mempunyai [[status sosial]] yang, walaupun hanya rendah sedikit, tidak dibenarkan meminang beliau. Banyak [[cendekiawan]] berpendapat bahawa Puteri Albert tidak mencintai Victoria yang muda itu, dan hanya berkahwin dengan beliau untuk memperoleh status sosial (Putera Albert ialah seorang putera Jerman yang tidak penting), dan kerana rasa tanggungjawabnya (keluarganya amat ingin akan perkahwinan itu). Bagaimanapun apa sahaja alasannya untuk berkahwin dengan Victoria, perkahwinan mereka terbukti menjadi satu perkahwinan yang terlalu bahagia.
 
Baginda juga bersahabat baik dengan Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim iaitu Sultan Johor. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya beliau memakaidengan gelaran Maharaja Johor.
<br clear=all>