Senarai Hokage: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 19:
 
=== Hokage Keempat ===
[[ImageImej:GatouKeempat4.jpg|thumb130px|Gatoright]]Dikenali sebagai 'Kilat Kuning Konoha'. Beliau ialah seorang ninja yang amat berani dan telah mengurung Kyubbi dalam [[Uzumaki Naruto|Naruto]]. Beliau dikatakan ialah ninja terhandal yang pernah dilahirkan oleh Konoha. Sebelum mengurung Kyubi dalam tubuh Naruto, Yang Keempat mengatakan bahawa dia tidak mahu Naruto dilihat sebagai bekas menyimpan semangat Kyubi, tetapi sebagai wira yang menyelamatkan Konoha daripada kemusnahan. Permintaan ini tidak dikabulkan oleh penduduk kampung. Beliau merupakan anak murid kepada [[Jiraiya (Naruto)|Jiraiya]] dan guru kepada [[Hatake Kakashi]], [[Keluarga Uchiha#Uchiha Obito|Uchiha Obito]] dan [[Senarai Chunin Konoha#Rin|Rin]].
 
Yang Keempat mempunyai banyak ciri yang sama dengan Naruto. Mereka berdua memiliki rambut berwarna kuning, kumpulan darah yang sama (B) dan personaliti yang tidak berbeza seperti yang dikatakan oleh Jiraiya. [[Keluarga Uchiha#Uchiha Itachi|Uchiha Itachi]] pernah menggelar Naruto sebagai 'peninggalan' Yang Keempat. Tambahan pula, sebelum Jiraiya menolak Naruto ke dalam gaung supaya Naruto boleh menyeru kuasa Kyubi, Jiraiya berkata, "Harap maaf, Yang Keempat." Setakat ini, nama sebenar, sejarah hidup dan hubungan kekeluargaan dengan mana-mana watak tidak didedahkan.