Perbezaan antara semakan "Pilihan raya umum Malaysia 2013"

k
fixing dead links
k (fixing dead links)
k (fixing dead links)
 
Sementara itu, Barisan Nasional hanya mengumumkan senarai calon mereka bermula 15 April. Sepertiga calon parlimen dan hampir separuh calon DUN merupakan orang baharu. Kesemua calon-calon ini dianggap sebagai calon boleh menang (''winnable'').<ref>{{cite news |author= |title=GE13: Many new faces in Barisan line-up - 13th Malaysian General Election GE13 |url=http://elections.thestar.com.my/story.aspx?file=/2013/4/16/nation/12974577 |newspaper=The Star Online |date=16 April 2013 |accessdate=16 April 2013}}</ref> BN turut menurunkan calon bebas rakan BN untuk bertanding, misalnya [[Zulkifli Noordin]] yang merupakan naib presiden [[Perkasa]].<ref>{{cite news |author=Rahimy Rahim |title=GE13: BN sets the stage for major battles - 13th Malaysian General Election GE13 |url=http://elections.thestar.com.my/story.aspx?file=/2013/4/16/nation/20130416123926 |newspaper=The Star Online |date=16 April 2013 |accessdate=16 April 2013}}</ref>
Bagaimanapun, beberapa nama besar digugurkan. Antaranya bekas Perdana Menteri [[Abdullah bin Ahmad Badawi]],<ref>{{cite news |author= |title=GE13: Penang - Reezal Merican replaces Pak Lah in Kepala Batas, Mazlan Ismail for Permatang Pauh - 13th Malaysian General Election GE13 |url=http://elections.thestar.com.my/story.aspx?file=/2013/4/16/nation/20130416114411 |newspaper=The Star Online |date=16 April 2013 |accessdate=17 April 2013}}</ref> Ketua Wanita UMNO dan bekas Menteri Pembangunan Wanita [[Shahrizat Abdul Jalil]], Menteri Pelancongan [[Ng Yen Yen]], Menteri Penerangan [[Rais Yatim]] dan Presiden MCA [[Chua Soi Lek]].<ref>{{cite news |author= |title=Malaysia PM drops scandal-hit figures from polls |url=http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysia-pm-drops-scandal-hit-figures-fr/640270.html |publisher=Channel NewsAsia |date=16 Apr 2013 |accessdate=17 April 2013|archiveurl=http://archive.is/OvHn8|archivedate=28 June 2013}}</ref> Naib presiden Gan Ping Sieu serta bekas presiden MCA [[Ong Tee Keat]] juga tidak terpilih.<ref>{{cite news |author= |title=MCA introduces 68 new faces, drops Tee Keat |url=http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/04/15/mca-introduces-68-new-faces-drops-tee-keat/ |newspaper=Free Malaysia Today |date=15 April 2013 |accessdate=17 April 2013}}</ref> Menteri Besar Perlis [[Md Isa Sabu]] pula bersara.<ref>{{cite news |author=Derrick Vinesh dan Kow Kwan Yee |title=GE13: Perlis - Shahidan to contest in Arau parliamentary seat, Isa out - 13th Malaysian General Election GE13 |url=http://elections.thestar.com.my/story.aspx?file=/2013/4/16/nation/20130416112545 |newspaper=The Star Online |date=16 April 2013 |accessdate=17 April 2013}}</ref> Selain MCA, tiga lagi presiden parti komponen BN tidak bertanding: Presiden Gerakan [[Koh Tsu Koon]], Presiden SUPP [[Peter Chin Fah Kui]] dan Presiden PPP [[M. Kayveas]].<ref>{{cite news |author= |title=Tsu Koon antara empat presiden parti turut tidak bertanding |url=http://www.themalaysiantimes.com.my/?p=75795 |newspaper=The Malaysian Times |date=15 April 2013 |accessdate=17 April 2013}}</ref>
 
Dua hari sebelum penaman calon, [[Pendaftar Pertubuhan]] (RoS) menghantar surat kepada DAP menyatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharunya tidak sah. Ini menyebabkan DAP mungkin tidak dapat menggunakan logonya dalam pilihan raya kerana surat kuasa membenarkan penggunaan logo DAP yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mungkin tidak sah. Lalu calonnya mungkin terpaksa menggunakan logo rakan Pakatan iaitu PAS dan PKR.<ref>{{cite news |author=Lim Kit Siang |title=DAP use of PAS and PKR symbols a game changer? |url=http://www.malaysiakini.com/news/227388 |newspaper=Malaysiakini |date=19 Apr 2013 |accessdate=19 April 2013}}</ref> Malam sebelum penamaan calon, RoS memaklumkan DAP boleh menggunakan simbol sendiri.<ref>{{cite news |author= |title=ROS responds, no objection to DAP logo use |url=http://www.malaysiakini.com/news/227413 |newspaper=Malaysiakini |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref> Namun sebagai langkah berjaga-jaga, calon DAP membawa dua surat watikah pada hari penamaan calon, satu daripada DAP manakala satu lagi daripada PAS (di Semenanjung Malaysia) atau PKR (Malaysia Barat).<ref>{{cite news |author= |title=GE13: DAP to use rocket if RO accepts, says Guan Eng |url=http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/19/nation/20130419192424&sec=nation |newspaper=The Star Online |date=19 April 2012 |accessdate=20 April 2013}}</ref> Namun akhirnya calon DAP dapat menggunakan logo mereka sendiri.<ref>{{cite news |author= |title=DAP guna simbol sendiri |url=http://www.sinarharian.com.my/dap-guna-simbol-sendiri-1.152188 |newspaper=Sinar Harian |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref>
Undi pos bagi rakyat Malaysia yang layak dijalankan pada 28 April 2013. Kedutaan atau pejabat perwakilan Malaysia dibuka pada hari berkenaan bagi tujuan ini dari 9 pagi hingga 6 petang waktu tempatan. Pejabat di London dan Melbourne ditutup lebih lewat pada 8 pm kerana jumlah pengundi pos di kedua bandar tersebut melebihi seribu orang.<ref>{{cite web |title=PENYERAHAN DAN PENERIMAAN BALIK SAMPUL KEUTAMAAN |url=http://www.spr.gov.my/webspr/PDF/Kenyataan_Media_Undi_Pos_Luar_Negara.pdf |publisher=SPR Malaysia |accessdate=27 April 2013}}</ref> Mengikut SPR, 70% daripada 8,756 pengundi luar negara yang layak hadir mengundi walaupun terdapat beberapa masalah awal.<ref>{{cite news |author=Christine Chan |title=Mixed views as M'sians tackle postal vote in France |url=http://www.malaysiakini.com/news/228390 |newspaper=Malaysiakini |date=29 Apr 2013 |accessdate=1 Mei 2013}}</ref><ref>{{cite news |author=Kamran Nafees |title=Diplomatic bags containing postal votes to reach Election Commission HQ in Putrajaya |url=http://www.oyetimes.com/news/asia/40985-diplomatic-bags-containing-postal-votes-to-reach-election-commission-hq-in-putrajaya |newspaper=Oye Times |date=29 April 2013 |accessdate=2 Mei 2013}}</ref><ref name=BernamaAwani13196>{{cite news |author= |title=70% pengundi pos luar negara keluar mengundi |url=http://www.astroawani.com/election/news/show/70-pengundi-pos-luar-negara-keluar-mengundi-13196 |publisher=Bernama, Astro Awani |date=30 April 2013 |accessdate=2 Mei 2013}}</ref>
 
Pengundian awal dijalankan pada 30 April 2013 bagi kakitangan tentera dan polis serta pasangan masing-masing di 544 pusat mengundi di seluruh negara. Terdapat lebih 270,000 pengundi awal ini.<ref>{{cite news |author=Melissa Goh |title=Advance voting begins in Malaysia |url=http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/advance-voting-begins-in-malaysia/659578.html |publisher=Channel NewsAsia |date=30 Apr 2013 |accessdate=2 Mei 2013|archiveurl=http://archive.is/3T1oS|archivedate=28 Jun 2013}}</ref><ref>{{cite news |author= |title=Malaysia GE13: Advance voting underway |url=http://www.straitstimes.com/breaking-news/se-asia/story/malaysia-ge13-advance-voting-underway-20130430 |newspaper=Straits Times |date=30 Apr 2013 |accessdate=2 Mei 2013}}</ref><ref>{{cite news |author=Farik Zolkepli, Elween Loke dan Florence A.Samy |title=GE13: Advance voting underway (updated) |url=http://elections.thestar.com.my/story.aspx?file=/2013/4/30/nation/20130430094132 |newspaper=The Star Online |date=30 April 2013 |accessdate=2 Mei 2013}}</ref><ref>{{cite news |author=Karen Bong |title=Early voters first to use indelible ink |url=http://www.theborneopost.com/2013/05/01/early-voters-first-to-use-indelible-ink/ |newspaper=BorneoPost Online |date=1 Mei 2013 |accessdate=3 Mei 2013}}</ref> Terdapat beberapa laporan [[dakwat kekal]] merah saga yang digunakan luntur dan hilang apabila dibasuh.<ref>{{cite news |author=Koh Jun Lin dan Ram Anand |title=Ink used on voter's index finger is NOT indelible |url=http://www.malaysiakini.com/news/228547 |newspaper=Malaysiakini |date=30 Apr 2013 |accessdate=3 Mei 2013}}</ref><ref>{{cite news |author=Mohd Sabri Said |title=Dakwat luntur, pegawai TUDM buat laporan polis |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18866-dakwat-luntur-pegawai-tudm-buat-laporan-polis |newspaper=HarakahDaily |date=1 Mei 2013 |accessdate=3 Mei 2013}}</ref><ref>{{cite news |author= |title=GE13: RMAF officer lodges report over indelible ink |url=http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/2/nation/13053173&sec=nation |newspaper=The Star Online |date=2 Mei 2013 |accessdate=3 Mei 2013}}</ref> SPR menafikan perkara ini pada awalnya, namun kemudian menjanjikan siasatan selepas beberapa pihak membuat laporan polis.<ref>{{cite news |author=G Vinod |title=EC probing reports on indelible ink |url=https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/04/30/ec-probing-reports-on-indelible-ink/ |newspaper=Free Malaysia Today |date=30 April 2013 |accessdate=3 Mei 2013}}</ref><ref name=Berbelitbelit>{{cite news |author=Dr Zulqarnain Lukman |title=Berbelit-belit SPR menjawab isu dakwat kekal |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18929-berbelit-belit-spr-menjawab-isu-dakwat-kekal |newspaper=HarakahDaily |date=3 Mei 2013 |accessdate=3 Mei 2013}}</ref> Pada 2 Mei, SPR mengadakan demonstrasi umum penggunaan dakwat kekal. Dakwat yang dicalit cuba dibasuh hilang dengan berbagai-bagai cara, namun tidak berjaya. Menjawab isu dakwat yang tidak kekal sebelum ini, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan ia disebabkan prosedur penggunaan yang salah. Sekiranya botol dakwat tidak digoncang secara menyeluruh, dakwat tidak sebati dan ada dakwat yang tidak memiliki kuantiti cukup [[argentum nitrat]], sebatian yang menyebabkan kesan kekal.<ref>{{cite web |author=G Vinod |title=EC holds demo on indelible ink |url=https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/02/ec-holds-demo-on-indelible-ink/ |publisher=FMT |accessdate=2 Mei 2013}}</ref><ref>{{cite web |title=Malaysia election: EC staff will use indelible ink on polling day according to guidelines |url=http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20130502-419715.html |publisher=The Star/Asia News Network |accessdate=2 Mei 2013}}</ref><ref name=Berbelitbelit/>
 
Pengundian umum 5 Mei secara umumnya berlangsung dengan aman dan terkawal.<ref>{{cite news |author= |title=Keadaan Terkawal Sepanjang Proses Pengundian - Ketua Polis Negara |url=http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/sp/newssports.php?id=947675 |newspaper=BERNAMA |date=5 Mei 2013 |accessdate=5 Mei 2013}}</ref> Proses undi berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang, kecuali beberapa tempat di Sabah ditutup awal pada jam 3 petang. Sebanyak 80 peratus daripada 12,992,661 pengundi berdaftar keluar mengundi, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah PRU negara ini.<ref>{{cite news |author= |title=Lapan puluh peratus keluar mengundi bagi PRU13 |url=http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lapan-puluh-peratus-keluar-mengundi-bagi-pru13/ |newspaper=The Malaysian Insider |date=5 Mei 2013 |accessdate=5 Mei 2013}}</ref> Bagaimanapun, masih terdapat laporan dakwat kekal ditanggalkan dengan mudah.<ref>{{cite news |author=Hazlan Zakaria |title=Voters remove indelible ink with grass |url=http://www.malaysiakini.com/news/229169 |newspaper=Malaysiakini |date=5 Mei 2013 |accessdate=6 Mei 2013}}</ref> Kali ini, SPR menyatakan bahawa kekuatan dakwat kekal berbeza dengan dakwat di negara lain disebabkan keperluan halal dan kesihatan.<ref>{{cite news |author=Zurairi AR |title=Halal status affected indelible ink’s strength, says EC |url=http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/halal-status-affected-indelible-inks-strength-says-ec |newspaper=The Malaysian Insider |date=5 Mei 2013 |accessdate=5 Mei 2013}}</ref>
Perdana Menteri Najib meminta seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan. Beliau berkata: "Malaysia perlu mempamerkan kepada dunia bahawa ia merupakan sebuah negara demokrasi yang matang. Walau apapun yang berlaku, keputusan rakyat, kehendak rakyat, perlu dihormati. Beliau menambah bahawa PRU13 mempamerkan pelbagai sentimen, sesetengahnya bersifat perkauman, yang "amat tidak sihat" untuk negara. Dengan itu kerajaan BN akan melaksanakan usaha penyatuan nasional untuk mengeratkan hubungan antara rakyat.<ref>{{cite news |author= |title=Kerajaan Akan Laksanakan Usaha Penyatuan Untuk Damaikan Rakyat - Najib |url=http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=947763 |newspaper=BERNAMA |date=6 Mei 2013 |accessdate=7 Mei 2013}}</ref> Manakala ketua pembangkang Anwar berkata kemenangan PR "telah dirompak" dan menyifatkan pilihan raya ini penuh dengan penipuan.<ref>{{cite news |author=Salmiah Druhamad Drahsin |title='Kemenangan kami dirompak', dakwa Anwar |url=http://www.sinarharian.com.my/politik/kemenangan-kami-dirompak-dakwa-anwar-1.157595 |newspaper=Sinar Harian |date=7 Mei 2013 |accessdate=7 Mei 2013}}</ref><ref>{{cite news |author=Muhammad Faizal |title=Anwar tegas lagi, tolak keputusan PRU13 |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19040-anwar-tegas-lagi-tolak-keputusan-pru-13 |newspaper=Harakhdaily |date=7 Mei 2013 |accessdate=7 Mei 2013}}</ref> Sementara itu, Bersih tidak mahu mengiktiraf kerajaan baru sehingga laporan penipuan disiasat.<ref>{{cite news |author= |title=GE13: Bersih to wait and see on new government |url=http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/7/nation/13075664&sec=nation |newspaper=The Star Online |date=7 Mei 2013 |accessdate=7 Mei 2013}}</ref> Kerajaan baru ini merupakan kerajaan minoriti, disokong oleh cuma 47.38% pengundi, sementara PR mendapat 50.87% undi popular.<ref name=mkini229350>{{cite news |author=Terence Netto |title=BN victory or EC sorcery |url=http://www.malaysiakini.com/news/229350 |newspaper=Malaysiakini |date=7 Mei 2013 |accessdate=7 Mei 2013}}</ref>
 
Perubahan undi paling ketara ialah daripada parti komponen BN yang berasaskan kaum Cina, MCA dan Gerakan kepada DAP, di kalangan pengundi [[orang Cina Malaysia|etnik Cina]].<ref name="Rudra">{{Citation |url=http://www.canberratimes.com.au/comment/racial-fearmongering-polls-unintended-result-20130507-2j5z2.html |title=Racial fearmongering poll's unintended result |author=Gobind Rudra |newspaper=The Canberra Times |date=8 Mei 2013}}</ref><ref>{{Citation |url=http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ruling-barisan-wins-malaysian-elections-/664612.html |title=Ruling Barisan wins Malaysian elections, but opposition score bigger wins |publisher=Channel NewsAsia |date=6 Mei 2013|archiveurl=http://archive.is/yX5wL|archivedate=2013-06-28}}</ref> Ini menyebabkan Najib mendakwa pembangkang telah memanipulasi dan memperdaya kelompok ini<ref>{{Citation |url=http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20130507-420950.html |title=Malaysia election: Opposition manipulated the Chinese community, says PM Najib |newspaper=Asia One |date=7 Mei 2013}}</ref> dan menyalahkan "tsunami Cina" terhadap prestasi BN.<ref name="Rudra"/>
 
Herizal Hazri daripada Yayasan Asia Malaysia berkata: "Terdapat rasa penolakan pengundi bandar terhadap retorik. Mereka mahukan Malaysia yang lebih merangkumi semua, mereka mahu mengundi parti yang mewakili semua kumpulan bangsa."<ref>{{cite news |author= |title=Malaysia PM sworn in amid opposition protests |url=http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2013/05/201356142723845697.html |publisher=Al Jazeera English |date=6 Mei 2013 |accessdate=7 Mei 2013}}</ref> Majoriti pengundi Cina menunjukkan sokongan terhadap PR. "Mereka merupakan pengundi terbesar berubah undi," kata ahli parlimen Pulai [[Nur Jazlan Mohamed]]. Seperti dalam pilihan raya umum lepas, pengundi di kawasan bandar, termasuk Melayu, telah menyokong PR manakala pengundi di kawasan kampung kekal mengundi BN. "Ini bukan peperangan bangsa, ini peperangan golongan," kata seorang pakar analisis.<ref>{{cite news |author=Jahabar Sadiq |title=Dalam PRU13, BN menang kawasan Melayu, Pakatan menang bandar |url=http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dalam-pru13-bn-menang-kawasan-melayu-pakatan-menang-bandar |newspaper=The Malaysian Insider |date=6 Mei 2013 |accessdate=7 Mei 2013}}</ref> Bekas Perdana Menteri Abdullah pula berkata adalah tidak wajar untuk mengaitkan keputusan pilihan raya ini sebagai isu perkauman,<ref>{{cite news |author= |title=Pak Lah pun tak setuju PRU13 dikait perkauman |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19100-pak-lah-pun-tak-setuju-pru13-dikait-perkauman |newspaper=Harakahdaily |date=9 Mei 2013 |accessdate=9 Mei 2013}}</ref> manakala Ketua Penerangan PAS Pusat [[Tuan Ibrahim Tuan Man]] menyatakan BN ditolak oleh 'tsunami Internet dan anak muda'.<ref>{{cite news |author= |title=BN ditolak melalui ‘Tsunami internet dan anak muda’ |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19046-bn-ditolak-melalui-tsunami-internet-dan-anak-muda |newspaper=Harakahdaily |date=7 Mei 2013 |accessdate=9 Mei 2013}}</ref>
3,148

suntingan