Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Sejarah Malaysia}}
'''Pendaratan Jepun di Tanah Melayu''' berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi [[Jepun]] dijumpai berlepas dari [[Saigon]], [[Indochina Perancis]] menuju ke arah selatan pada [[6 Disember]] [[1941]] sehingga pendaratannya di [[Kota Bharu]], [[Kelantan]] pada [[8 Disember]] [[1941]] cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di [[Timur Jauh]] dihancurmusnahkandimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu [[Singapura]], yang merupakan pusat pangkalan tenteraTentera [[British]] di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada [[15 Februari]] [[1942]].
 
[[Imej:Jzikb.jpg|thumb|left|Kapal terbangPesawat A6M Zero tentera laut Jepun dari Flotia Udara ke-22 di lapanganLapangan terbangTerbang Kota Bharu selepas penawanannya.]]
 
==6 Disember 1941==
Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai [[Tentera lautLaut Amerika Syarikat]], yang membawa perutusan penting, masuk ke persidangan di [[Manila]], [[Filipina]] antara [[Laksamana]] [[Thomas C. Hart]], pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (''U.S. Asiatic Fleet''), dan Laksamana [[Thomas Phillips|Sir Thomas Phillips]], komanderpemerintah [[Tentera Laut British]], Timur Jauh.
 
Sebuah pesawat peninjau ''[[Lockheed Hudson]]'' [[Australia]] yang berpangkalan di lapangan terbang [[Tanah Melayu]] terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah [[kapal tempur]], lima buah [[penjajap]] dan tujuh buah [[kapal pembinasa]] (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah [[Thailand]] yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.