Kereta kebal kecil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CTMakerbot (bincang | sumb.)
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Baris 10:
==Sejarah==
[[File:L3 tankette.jpg|thumb|[[CV-33|L3/33]] Itali.]]
Kelahiran konsep kereta kebal kecil adalah [[perperangan perisai]] [[Perang Dunia Pertama]]. Di Perbatasan Barat [[Perang Dunia Pertama]] pada tahap akhir perperangan, [[kereta kebal]] pihak Berikat Perang Dunia Pertama mampu menembusi [[perperangan parit|barisan parit]] musuh tetapi pasukan infantri yang perlu mengambil dan mempertahankan kawasan musuh yang ditawan mengekori di belakang kereta kebal dengan mudah dihentikan atau dilewatkan oleh tembakan senjata kecil dan artileri. Kereta kebal yang lepas lalu kemudian diasingkan dan dimusnahkan dan pasukan bantuan menutup bukaan pada garis perparitan. Kereta kebal kecil pada asalnya dicipta pada awal tempoh antara perang bagi menyelesaikan masalah ini. Reka bentuk awal adalah bentuk kenderaan, sarang mesingan seorang yang dilindungi dari tembakan senjata kecil dan serpihan peluru meriam. Idea ini diabaikan dan sebaliknya model dua orang, terutamanya bagi peninjauan dihasilkan. Masalah menggerakkan pasukan infantri sementara pada masa yang sama melindungi mereka diselesaikan melalui [[kereta perisaipengangkut anggota berperisai]].
 
Pada tahun 1925 pelopor kereta kebal [[United Kingdom|British]], [[Giffard Le Quesne Martel]] membina kereta kebal seorang dalam garajnya dan menunjukkannya kepada Pejabat Perang yang bersetuju dengan penghasilan beberapa buah bagi tujuan ujian. Publisiti terhasil menyebabkan John Carden dan Vivian Lloyd turut menghasilkan kenderaan yang sama. Kedua jenis diuji lebih lanjut tetapi [[kereta kebal kecil Carden Loyd]] dua orang dianggap sebagai reka bentuk klasik dan paling berjaya,<ref name="T27"/> dengan banyak kereta kebal kecil yang lain dimodelkan menurutnya. Sungguhpun reka bentuknya berpengaruh, tidak banyak kereta kebal kecil Carden Loyd digunakan dalam pertempuran, sesetengah darinya disebelah Bolivian semasa perang Chaco. Bagaimanapun, reka bentuk tersebut mendorong kepada kenderaan lebih berkeupaya dalam bentuk [[Universal Carrier]] yang berasal dari reka bentuk kereta kebal kecil Carden Loyd dan yang memiliki sejarah operasi yang meluas semasa Perang Dunia Kedua. <ref>Fletcher & Bryan, p. 3</ref>