Syed Hussein Alatas: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Allahyarham Profesor Datuk Dr Syed Hussein Alatas ialah seorang tokoh intelektual awam, sarjana, dan pemikir ulung yang sukar ditandingi. Beliau antara tokoh angkatan lama yang telah mempelopori dan mengasaskan perkembangan ilmu sosial khususnya [[sosiologi]] di Malaysia sejak pertengahan [[1950-an]] sebelum [[Merdeka]] dan meneruskan usaha gigih mengembangkan ilmu tersebut sehingga akhir hayat beliau.
 
Kewibawaan beliau sebagai seorang ilmuan, intelektual awam dan pemikir tersohor memang terserlah dan diiktiraf sejak awal lagi. Beliau memperoleh ijazah Doktorandus pada [[1956]] dan [[PhD]] pada [[1963]], kedua-duanya daripada [[Universiti Amsterdam]], [[Belanda]]. Setelah berkhidmat dengan [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] antara [[1958]] hingga [[1960]], beliau menceburi bidang akademik pada dekad [[1960-an]] sebagai [[pensyarah]] dan ketua jurusan budaya di Jabatan Pengajian Melayu [[Universiti Malaya]] antara [[1964]] hingga [[1967]].
 
Kerjaya akademik beliau meningkat dengan pesat apabila diangkat sebagai [[Profesor]] dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu di [[Universiti Nasional Singapura]] mulai [[1967]] hingga [[1988]]. Apabila Profesor Diraja [[Ungku Aziz]] bersara sebagai [[Naib Canselor]] Universiti Malaya, Profesor Alatas telah mengisi jawatan itu dari [[1988]] sehingga [[1991]]. Selepas satu masa, beliau berkhidmat pula di [[Universiti Kebangsaan Malaysia]] selama kira-kira 10 tahun sejak [[1995]], mula-mula di Pusat Pengajian Umum, kemudian di Jabatan [[Antropologi]] dan [[Sosiologi]], dan terakhir di [[Institut Alam dan Tamadun Melayu]] (ATMA) sebagai Profesor dan Felo Utama.
Pengguna awanama