Meritokrasi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Meritokrasi''' adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya. Frasa ini berasal dari buku tulisan [[Michael Young|Michael Young]] [[1958]] bertajuk ''Rise of the Meritocracy'' atau "Bangkitnya Meritokrasi", suatu kisah futuristik dimana status seseorang dimasyarakat ditentukan oleh IQ serta usahanya. Dalam buku ini, [[kerajaan]] meritokratik yang tidak berperasaan ini akhirnya digulingkan oleh rakyat jelata.
 
Walaupun buku tersebut memberi imej yang negatif terhadap meritokrasi, masih ramai yang percaya dengan kebaikan sistem ini didalam [[masyarakat]]. Menurut penyokong meritokrasi, sistem ini adalah lebih adil dan produktif, berbanding sistem kerajaan yang lain yang berdasarkan status [[sosial]] atau [[ras]]. Antara kerajaan yang menyokong sistem ini termasuklah kerajaan [[Singapura]].
 
Kebanyakan sistem kerajaan mengandungi beberapa unsur meritokrasi. Misalnya dalam [[demokrasi perwakilan]], parti-parti politik dan para pengundinya menggunakan prestasi calon masing-masing untuk berkempen dalam [[pilihan raya]]. Namun demikian, meritokrasi yang tulen tidak wujud di zaman ini.