Perbezaan antara semakan "Paul von Hindenburg"

tiada ringkasan suntingan
| awards = [[Pour le Mérite]]
| image = Bundesarchiv Bild 183-S51620, Generalfeldmarschall Paul v. Hindenburg.jpg
| order = [[Presiden Jerman]] Kedua
[[WeimarRepublik RepublicWeimar|Presiden Reich Jerman]] Kedua
| chancellor = [[Hans Luther]] (1925–1926)
[[Wilhelm Marx]] (1926–1928)
[[Hermann Müller (politician)|Hermann Müller]] (1928–1930)
[[Heinrich Brüning]] (1930–1932)
[[Franz von Papen]] (1932)
[[Kurt von Schleicher]] (1932–1933)
[[Adolf Hitler]] (1933–1934)
| term_start = 12 Mei 1925
Hindenburg mengharungi kerjaya yang panjang dalam [[Tentera Darat Prusia]] dan telah bersara pada tahun 1911. Beliau telah dipanggil semula bertugas pada permulaan [[Perang Dunia I]] (menjadi ''Ober Ost'', singkatan ''Oberbefehlshaber Ost'' atau Panglima Tertinggi Barisan Timur), dan pertama kali mendapat perhatian negara, pada usia 66 tahun, sebagai pemenang dalam [[Pertempuran Tannenberg]] pada tahun 1914. Selaku [[Ketua Staf Am Besar]] (''Chef des Grossen Generalstabs'') Tentera Darat Jerman sejak tahun 1916, beliau dan timbalannya, Jeneral [[Erich Ludendorff]], menjadi terkenal dikalangan rakyat Jerman sehinggakan Hindenburg mendapat pengaruh yang lebih besar daripada [[Kaiser]] Jerman sendiri. Bersama dengan Ludendorff, mereka meneruskan idea [[Lebensraum]] yang mana selepas perang diterima pakai pula oleh [[Parti Nazi]] Hitler. Hindenburg sekali lagi bersara pada tahun 1919, tetapi kembali pada kehidupan awam pada tahun 1925 untuk dipilih sebagai [[Presiden Jerman]] yang kedua.

Hindenburg, selaku Presiden Jerman, melantik pemimpin Parti Nazi [[Adolf Hitler]] sebagai [[Canselor Jerman]]. Hindenburg secara peribadi memandang rendah Hitler, dengan lagak sombong merujuk Hitler sebagai "koperal Bohemia" itu (dalam bahasa Jerman ''böhmischen Gefreiten''), tersilap (secara sengaja atau tidak) dengan tempat lahir Hitler di [[Braunau]], [[Austria]] dengan pekan [[Braunau]] di [[Bohemia]]. Hitler berkali-kali dan secara paksa menekan Hindenburg bagi melantik beliau sebagai Canselor, Hindenburg berkali-kali juga menolak desakan Hitler. Walaupun berusia 84 tahun dan tidak sihat, Hindenburg telah dipujuk bertanding pilihanraya semula pada tahun 1932, kerana beliau dianggap satu-satunya calon yang boleh mengalahkan Hitler. Hindenburg telah dipilih semula dalam satu pengundian kali kedua.
12,034

suntingan