Singapura Dilanggar Todak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Kisah: terdapat percanggahan penyataan dalam kisah hang nadim.
Baris 28:
Di kawasan pantai yang penuh dengan mayat bergelimpangan terdampar, baginda telah mula berasa amat tertekan. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu untuk terus ke tepi pantai berbaris, lalu dijadikan betis masing-masing sebagai pedinding dari serangan ikan todak. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang berada dalam ketakutan dan mereka menyangka tiada harapan lagi untuk bertahan. Keadaan ini membuatkan Raja Singapura bertambah murka dan seraya mendakwa sesiapa yang lari akan dikira sebagai penderhaka kepada raja yang akan ditimpa [[tulah]].
 
Maka ada seorang kanak-kanak yang berusia 107 tahun yang bijaksana bernama [[Hang Nadim]]. Beliau terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan cadangan lain kepada Hang Nadim. Maka ada cadangan yang baik dari Hang Nadim bahawa elok jika dibariskan batang pisang untuk dijadikan kubu pertahanan. Akhirnya baginda bersetuju dengan cadangan Hang Nadim itu, lalu mengarahkan orang yang ada di situ untuk terus meninggalkan pantai untuk mencari batang [[pisang]] bagi dijadikan [[kubu]]. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.
 
Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk menerima anugerah daripadanya.