Perbezaan antara semakan "Lencana Perang Kapal Selam"

(Mencipta laman baru dengan kandungan 'thumbnail|default|Lencana Perang U-Bot dalam Perang Dunia II '''Lencana Perang Kapal Selam''' (Bahasa Jerman: ''U-B...')
 
 
== Sejarah ==
Lencana Perang U-bot pada asalnya dizahirkan semasa [[Perang Dunia Pertama]] pada 1 Februari 1918. Ia dikurniakan bagi mengiktiraf krew-krew U-bot yang telah menamatkan tiga kali rondaan perang. Lencana tersebut mesti dipakai disebelah kiri bawah uniform dan ia berbentuk bujur menyerupai kalungan daun laurel. Sebuah kapal selam terletak dibahagian tengah dan Mahkota Negara Jerman (''Reichskrone'') telah diletakkan dibahagian atas kalungan bunga tersebut.
 
Pada 13 Oktober 1939, Lencana Perang U-bot telah dizahirkan semula, sejurus selepas [[Perang Dunia Kedua]] meletus. Ia hampir serupa dengan lencana asal dengan tanpa mahkota Prusia yang telah digantikan oleh Helang Jerman berserta lambang swastika dan satu kapal selam yang lebih moden menghadap kekiri telah digunakan.
12,039

suntingan