Perbezaan antara semakan "Lencana Perang Kapal Selam"

 
Pada 13 Oktober 1939, Lencana Perang U-bot telah dizahirkan semula, sejurus selepas [[Perang Dunia Kedua]] meletus. Ia hampir serupa dengan lencana asal dengan tanpa mahkota Prusia yang telah digantikan oleh Helang Jerman berserta lambang swastika dan satu kapal selam yang lebih moden menghadap kekiri telah digunakan.
 
Terdapat beberapa cara untuk dianugerahkan pingat ini. Yang paling umum ialah mesti menyelesaikan dua kali rondaan perang. Walaupun menghabiskan dua rondaan perang mungkin kelihatan seperti keperluan yang remeh, tetapi kebiasaannya pelayaran perang kapal selam sering mengambil masa berbulan-bulan dalam sekali rondaan. Sebagai perbandingan,[[Lencana Serangan Infantri]] akan dikurniakan selepas tiga kali aksi kombat, maknanya ia boleh dikurniakan pada tiga aksi berasingan dalam masa seminggu. Melengkapkan dua rondaan perang bukan sahaja lebih lama tetapi ia adalah sama bahaya kerana U-bot terpaksa bertahan dari serangan berterusan kapal terbang dan kapal perang pihak Bersekutu.
 
Pada lewat peperangan, U-bot kehilangan terlalu ramai krew-krewnya yang menyebabkan mereka tidak dapat melepasi rondaan perang kali kedua. Dalam maksud yang lain, lencana ini boleh dianugerahkan bagi mereka yang berjaya menamatkan rondaan kali pertama atau tercedera atau terkorban dalam pertempuran. Waris si mati akan menerima anugerah ini.
 
== Darjah ==
12,039

suntingan