Bateri ion litium: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17:
'''Bateri litium-ion''' (kadang-kadang '''bateri Li-ion''' atau '''LIB''') adalah salah satu ahli keluarga jenis [[bateri cas semula]] yang mana ion [[litium]] bergerak dari [[anod]] ke [[katod]] semasa proses nyahcas dan kembali ke kedudukan asal semasa dicas. Bateri Li-ion menggunakan [[sebatian kimia|sebatian]] litium [[interkalasi (kimia)|yang disisipkan]] sebagai bahan [[elektrod]], berbanding logam litium yang digunakan dalam [[bateri litium]] [[bateri primer|tidak boleh cas semula]].
 
Bateri litium-ion lazimnya digunakan dalam [[peralatan elektronik pengguna]]. Ia merupakan salah satu daripada jenis bateri cas semula paling popular bagi peranti elektronik mudah alih, serta mempunyai [[ketumpatan tenaga]] antara yang terbaik, tiada [[kesan ingatan]] (walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah kajian menunjukkan beberapa petanda kesan ingatan pada bateri litium-ion<ref>{{cite web |url=http://www.nature.com/nmat/journal/vaop/ncurrent/full/nmat3623.html |title=Memory effect in a lithium-ion battery |publisher=nature.com |author=Tsuyoshi Sasaki, Yoshio Ukyo & Petr Novák |date=14 April 2013}}</ref>), dan hanya menunjukkan kadar [[kehilangan cas]] yang perlahan apabila tidak digunakan. Selain peralatan elektronik pengguna, bateri Li-ion juga semakin popular dalam bidang ketenteraan, [[kenderaan elektrik]] dan aplikasi [[aeroangkasa]].<ref>{{cite web|url=http://www.cleantech.com/news/3694/electrovaya-tata-motors-make-electric-indica |archiveurl=http://web.archive.org/web/20110509010846/http://www.cleantech.com/news/3694/electrovaya-tata-motors-make-electric-indica |archivedate=2011-05-09 |title=Electrovaya, Tata Motors to make electric Indica |date=14 October 2008| author=Ballon, Massie Santos|publisher=Cleantech Group|work=cleantech.com|accessdate=11 June 2010}}</ref> Misalnya, bateri litium-ion mula menjadi bateri pengganti yang lazim bagi [[bateri asid-plumbum]] yang digunakan sejak berzaman lagi pada kereta golf dan kenderaan utiliti. Daripada menggunakan plat plumbum yang berat serta [[elektroli|elektrolit]] berasid, trend sekarang ialah menggunakan anod litium/karbon yang ringan dan katod litium besi fosfat. Bateri litium-ion boleh menghasilkan voltan yang sama seperti bateri asid-plumbum, maka tiada pengubahsuaian diperlukan bagi sistem pacuan kenderaan.<ref>{{cite web|url=http://www.lithiumboost.com/about.html |title=Explain how lithium batteries work in electric golf carts |publisher=LithiumBoost |date= |accessdate=2013-05-09}}</ref>
 
Perwatakan kimia, prestasi, kos dan keselamatan adalah berbeza mengikut jenis bateri Li-ion. Peralatan elektronik tangan kebanyakannya menggunakan bateri Li-ion berasaskan [[litium kobalt oksida]] ({{chem|LiCoO|2}}), yang menawarkan ketumpatan tenaga yang tinggi, tetapi mendatangkan risiko keselamatan, terutamanya apabila rosak. [[Litium besi fosfat]] (LFP), [[bateri litium-mangan|litium mangan oksida]] (LMO) dan litium nikel mangan kobalt oksida (NMC) menawarkan ketumpatan tenaga lebih rendah, tetapi mempunyai jangka hayat lebih panjang serta lebih selamat. Bateri sebegitu digunakan secara meluas dalam peralatan elektrik, peralatan perubatan serta peranan-peranan lain. NMC terutamanya merupakan petanding yang mendahului dalam aplikasi automotif. Litium nikel kobalt aluminium oksida (NCA) dan [[litium titanat]] (LTO) merupakan rekaan khusus yang disasarkan pada peranan niche khas.