Ijazah: Perbezaan antara semakan

1,042 bait ditambah ,  10 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
 
== Sejarah ==
Istilah ijazah di dalam ilmu pendidikan Islam secara umumnya bermaksud lesen (kebenaran) untuk mengajar, dan secara khususnya ia merujuk kepada sijil yang dikeluarkan oleh seseorang profesor / pensyarah di dalam sesebuah institusi pengajian tinggi kepada seseorang pelajar yang mengikuti sesuatu kursus pengajian (dan akan dianugerahkan ijazah) berdasarkan penilaian profesor / pensyarah (yang mengajar kursus tersebut), dan juga kepada sesiapa (pelajar) yang difikirkan sudah cukup kelayakannya menyampaikan subjek (ilmu) yang sama kepada anak muridnya sendiri .
 
Maka, ijazah dikeluarkan oleh seseorang tenaga pengajar (al – Mujiz seperti profesor, pensyarah, syeikh, guru dan sebagainya) yang menganugerahkan lesen (kebenaran) untuk memindahkan segala ilmu yang telah disampaikan. Umumnya, ijazah mengandungi senarai tajuk buku / kitab atau kompilasinya serta subjek yang telah dikuasai untuk dipindahkan dan dengan itu,lesen (kebenaran) akan diberikan. Pemindahan dari tenaga pengajar ini boleh jadi dalam bentuk umum ataupun khusus.
 
Seperti profesion-profesion lain, kegiatan pengajaran di universiti-universiti hanya dijalankan oleh mereka yang benar-benar berkelayakan. Begitu juga dengan seorang [[tukang kayu]] akan melalui gred-gred perantis dan pelatih untuk memperolehi status ''tukang kayu yang mahir'' apabila diberi kelayakan penuh oleh persatuannya, seorang guru akan menjadi ''pakar'' apabila dia diberi lesen oleh profesionnya, persatuan pengajaran. Persatuan-persatuan pengajaran ini di dalam banyak bandar mengambil identiti "universiti" apabila ia menganugerahkan piagam, dan para pelajar yang diterima masuk ke universiti tersebut dan melepasi gred-grednya dengan cara seakan-akan sama dengan persatuan perdagangan secara langsung.
 
36,357

suntingan