Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 7 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q40111
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
Pada tahun 1924, baginda menaiki takhta dalam usia 11 tahun disebabkan oleh kemangkatan ayahandanya [[Sultan Muhammad Jamalul Alam II|Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II]] yang diserang penyakit [[malaria]]. Walau bagaimanapun, kuasa pemerintahan terletak pada Majlis Pemangku Raja yang ahlinya terdiri daripada Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Pengiran Anak Mohammad Yassin dari 11 September 1924 hingga 19 September 1931. Pada tahun 1927, baginda telah merasmikan pembukaan jalan Brunei - [[Tutong (pekan)|Tutong]]. Pada tahun 1929, baginda merasmikan pembukaan Hospital Bandar Brunei dan pada tahun yang sama minyak mula ditemui di [[Seria]].
 
Pada 1932, setahun selepas Majlis Pemangku Raja menyerahkan kembali kuasa pemerintahan kepada Sultan Ahmad Tajuddin, baginda berangkat melawat [[England]] dan [[Eropah]]. Pada 1941, Jepun menduduki Brunei. Pada 1945, Tentera Bersekutu mendarat di Brunei. Selepas itu, pada 1946, Lagu Kebangsaan Brunei mula digubah oleh Awang Besar Sagap, senikatanya oleh [[Yura Halim]]. Kemudian pada 1946, baginda mengambilalih kuasa memerintah daripada British Military Administration (B.M.A).
 
Pada 1949, baginda menyambut sambutan Jubli Perak dan bersempena dengan sambutan tersebut,Kerajaan British mengurniakan baginda dengan darjah KCMG. Baginda mangkat pada tahun 1950, pada usia 37 di Singapura, ketika dalam perjalanan ke England. Jenazah baginda kemudiannya disemadikan di Kubah Makam Diraja.